Kasih bapa, buat kejutan hadiahkan anak telefon terpakai-“Selagi terdaya, papa akan usaha”
Kasih bapa sememangnya sangat menyentuh hati lebih-lebih lagi jika mereka berusaha untuk menggembirakan isteri dan anak-anak.
Buat kejutan untuk anak
Perkara ini samalah seperti perkongsian yang dibuat oleh akaun TikTok ceokuterer apabila memuat naik video sewaktu membuat kejutan memberikan hadiah telefon pintar baharu kepada anak sulungnya yang sedang melanjutkan pelajaran di universiti.
Kasih bapa yang menyetuh hati
Menerusi video terbabit, pengguna TikTok berkenaan memberitahu bahawa sebelum ini anak gadisnya itu ada menyatakan hasrat membaiki telefon sedia ada.
Namun meminta agar bapa melakukan hal tersebut jika sudah mempunyai wang yang mencukupi kerana enggan membebankan orang tua.
Kasih bapa buat anak terharu hingga menangis
Walau bagaimanapun, pengguna TikTok telah membuat kejutan dengan menghadiahkan telefon pintar terpakai buat anaknya memandangkan telefon lama yang digunakan sudah mempunyai banyak masalah.
Dapat dilihat wajah anak gadisnya terharu sehingga menitiskan air mata melihat usaha bapanya dalam memberikan yang terbaik buat diri.
Artikel lain: Duet bersama bapa, Ira Kazar terharu – “Salah satu memori bersama ayah”
Nampak anaknya seorang yang tak meminta2
Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet yang rata-rata mengakui tumpang bahagia dengan posting berkenaan.
Mereka juga akui terharu dengan usaha seorang bapa dalam memastikan anaknya mendapat sesuatu yang terbaik.
Seronok tengok situasi macam ni
Seorang bapa yang baik
Nilai harga tak penting, yang utama adalah usaha bapa
Seronok tengok kasih sayang seorang bapa
Semoga anak-anak dapat menghargai usaha dan bakti seorang bapa dengan belajar bersungguh-sungguh serta menggunakan kemudahan diberi sebaiknya.
Sumber: TikTok ceokuterer
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source