Nama kembali disebut, video ulas harga beg Hermes Birkin milik Vivy Yusof tular semula
Harga beg Hermes Birkin milik Vivy Yusof kembali tular semula selepas kontroversi melibatkan namanya serta suami diatas kerugian pelaburan Fasion Valet baru-baru ini.
4 beg cecah nilai RM320,000?
Video yang dibuat oleh akaun TikTok Mirzan Johor itu telah dimuat naik semula oleh pengguna X, Aliff Ahmad dengan mendedahkan bahawa harga bagi empat buah beg usahawan terbabit bernilai lebih kurang RM320,000.
https://x.com/alturkistiano/status/1852385110601130216?s=46&t=me0vOolidY9Hj5Wu2atTBQ
Hermes Birkin milik Vivy Yusof kebanyakannya harga puluhan ribu & ratusan ribu
Difahamkan, perkongsian tersebut, Mirzan telah mengulas empat beg tangan milik Vivy yang berjenama Hermes Birkin dimana rata-rata berharga puluhan serta ratusan ringgit.
“Beg pertama ini ialah ‘Hermes Birkin’ saiz 30 berwarna biru dan harga beg ini dalam Rm100,000 sahaja.
“Agak ganaslah kalau beg macam ini anda bawa pergi ‘travel’. Jadi, saya sangat menghormati Vivy kerana berani memiliki beg berwarna ini.
“Okay baiklah beg (kedua) ini saiznya adalah sama dengan beg berwarna biru tadi tetapi disebabkan warna dan juga bahan yang digunakan agak mahal jadi harganya dalam RM136,000,” katanya.
Minta netizen kira sendiri harga beg Hermes Birkin milik Vivy Yusof
Dalam video berkenaan, Mirzan juga meminta orang ramai untuk mengira sendiri harga-harga beg tangan milik usahawan itu memandangkan jumlah keseluruhan mencecah RM320,000.
“Jadi sama-sama kita kira guna kalkulator berapa jumlah harga beg tangan Vivi.
“Yang pertama RM136,000, beg yang kedua berharga RM100,000, yang ketiga adalah RM57,000 dan yang keempat berharga RM28,000. Jumlah keseluruhan harga beg tangan Vivy ialah RM320,000,” ujarnya.
Artikel lain: Vivy Yusof ambil tanggungjawab atas kegagalan pelaburan, akui kecewa & menyesal
Dia ada beg jenama sendiri kan?
Perkongsian semula video terbabit telah menjadi perhatian netizen selepas berita tentang kerugian pelaburan melibatkan syarikat kendalian usahawan itu dan suami tular di media sosial.
Ada juga di antara mereka menggesa supaya usahawan itu memulangkan semula duit kerugian yang ditanggung kepada pihak-pihak berwajib memandangkan syarikat yang dipelopori oleh pasangan terbabit tidak memberikan keuntungan kepada pelaburan.
Mungkin menginsipirasikan sesetengah pihak
Ada yang minta pulangkan balik duit kerugian
Terdahulu, Vivy atau Datin Vivy Sofinas Yusof dan suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar telah tampil memberi penjelasan berhubung kerugian dalam pelaburan yang melibatkan Fashion Valet.
Ujarnya, mereka mengambil tanggunjawab penuh diatas kerugian tersebut dan akui beberapa faktor mendorong kepada kegagalan pelaburan itu.
Kenyataan yang dibuat oleh usahawan berkenaan merupakan respon kepada desakan netizen yang memintanya membuat penjelasan berhubung kerugian yang dialami melibatkan Khazanah dan PNB.
Sumber: X Aliff Ahmad
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source