Dijaga dari kecil, nenek reda cucu pergi terkena renjata elektrik ketika cas telefon dalam bas
Seorang nenek reda cucu, Muhammad Nur Asymawi Jasmadi, 18, yang dijaganya sejak kecil meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik ketika mengeceas telefon bimbitnya di dalam bas ekspres, kelmarin.
Memetik laporan Harian Metro, nenek mangsa, Salmiah Hamzah, 82, akui dirinya sedih dengan kehilangan cucunya.
Dia sekeluarga bagaimanapun reda dengan ujian yang menimpa dan tidak mahu memperbesarkan lagi perkara berkenaan.
“Anak (bapa Asymawi) tok (panggilan Salmiah) kurang sihat, jadi dia tinggal dengan tok bersama empat anaknya.
“Memang sampai akhir hayat Asymawi, tok dengan pak dan mak menakan (bapa dan ibu saudara) yang jaga mereka (Asymawi dan tiga lagi adik-beradiknya).
“Tok reda, Allah ambil cucu tok kerana sudah sampai masa dia (Asymawi) untuk pi (pergi),” katanya dalam nada hiba.
Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Mesra Bagan Lalang, di sini, hari ini, Salmiah memberitahu mereka sekeluarga tidak mengetahui tujuan Asmawi pergi ke Kuala Lumpur dan dimaklumkan langsung oleh remaja berkenaan sehingga menerima panggilan daripada pihak polis.
“Masa (hari kejadian) dia beritahu dekat semua nak pergi, bila tanya nak pergi mana, dia kata nak pergi berjalan jauh tetapi masa itu ingat dia melawak sebab perangai dia memang mesra dan suka mengusik.
“Tapi tak lama selepas itu, polis hubungi cucu tok yang lain (sepupu Asymawi) dan beritahu Asymawi dah tak ada (meninggal dunia) sebab terkena renjatan elektrik dalam bas, kami memang terkejut sangat,” katanya.
Artikel lain: Anggota tentera tinggal nota “malaikat memanggilmu” sebelum maut kemalangan
Nenek reda cucu dah ‘tiada’..
Katanya lagi, jenazah anak sulung daripada empat beradik itu telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Puyu, di sini, selepas Solat Asar, semalam.
Dalam pada itu, Salmiah juga berharap kejadian tersebut tidak lagi berulang dan meminta syarikat bas melakukan penyelenggaraan secara berkala bagi memastikan insiden yang menimpa cucunya tidak terjadi kepada penumpang lain.
“Kami belum lagi dimaklumkan sama ada Asymawi dilindungi insurans atau tidak. Anak tok sedang usaha untuk bertanya.
“Harap sangat atas kejadian yang menimpa cucu tok, mana-mana syarikat bas lebih berhati-hati, dengan kerap cek (buat penyelenggaraan) kerana tidak mahu lagi kejadian ini berulang,” katanya lagi.
Terdahulu, seorang remaja Mohamad Nur Asymawi Jasmadi, 18, dilaporkan meninggal dunia dan mengalami kecederaan melecur di tangan kiri apabila terkena renjatan elektrik sewaktu mengecas telefon bimbit di soket bas ekspres.
Difahamkan kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 6 petang sebelum salah seorang penumpang memaklumkan mangsa menjerit.
Mangsa ditemui dalam keadaan mulut berbuih selepas 10 minit bas terbabit bergerak dan pemandu bas berusia 36 tahun melaporkan kejadian terbabit pada jam 7.40 malam.
Sumber: Harian Metro (Nur Izzati Mohamad)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source