“Buah pinggang saya dah rosak, jantung agak lemah..”- Ebby Yus risau susahkan rakan2
‘Buah pinggang saya dah rosak..’
Pelakon dan pelawak, Ebby Yus atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid berkongsi mengenai keadaan terkininya selepas dibenarkan pulang dari hospital pada 23 November lalu.
Menerusi temu bual bersama Melodi, Ebby Yus memaklumkan buah pinggangnya kini sudah rosak dan perlu menjalani rawatan dialisis air kerana keadaan jantung agak lemah.
“Buah pinggang saya dah rosak dan sekarang ini perlu jalani rawatan dialisis darah.
“Tapi saya tak boleh jalani rawatan dialisis darah disebabkan oleh kekuatan jantung saya yang kurang. Jadi, terpaksalah doktor tukar kepada rawatan dialisis air melalui perut.
“Dan sekarang ini saya latih diri untuk buat rawatan dialisis sendiri. Satu hari, tiga atau empat kali,”kongsinya.
Artikel lain: “Kalau boleh nak kerja..”- Ebby Yus tak sekuat dulu, gadai keris kesayangan demi kelangsungan hidup
‘Buah pinggang saya dah rosak’
Ebby berkata, dia juga sudah tidak mempunyai kaedah lain untuk merawat penyakit melainkan ada individu sudi menderma organ buah pinggang kepadanya.
Dia bagaimanapun meluahkan rasa syukur dengan apa sahaja ujian yang telah ditetapkan oleh-Nya dan menerima dengan penuh keredaan.
“Sebenarnya dialisis ini dah tak ada jalan lain melainkan ada penderma buah pinggang. Tetapi saya bersyukur saja dengan apa yang datang sebab buruk dan baik itu datangnya daripada Allah SWT dan kita terima dengan reda.
“Kita mohon saja doa dari Dia dan doa dari peminat serta kawan-kawan, beginilah keadaan saya,”kongsinya lagi.
Ramai datang melawat walau tak kenal
Pelakon berusia 59 tahun turut akui dia tidak berasa sedih dengan penyakit dihadapi, sebaliknya terharu dengan sokongan yang diberikan orang sekeliling meskipun dirinya bimbang menyusahkan mereka.
“Sejak saya keluar hospital, ramai orang yang saya tak kenal tetapi datang melawat dan ziarah saya.
“Saya tak pernah kesal dengan penyakit yang saya terima ini tetapi saya sangat sebak bila mana Allah hadirkan saya sahabat dan peminat yang sangat mengambil berat tentang saya.
“Cuma apa yang saya risau ialah kalau saya ini menyusahkan kawan-kawan saya,”luah Ebby Yus.
Maklum Ebby, terdapat rakan artis yang bertungkus-lumus mahu membantu dirinya mendapatkan mesin rawatan dialisis yang perlu disewa dengan harga RM5,000 sebulan, selain memberikan kata-kata semangat buat dirinya.
“Rakan seperjuangan saya yang mencuba bersungguh-sungguh untuk dapatkan mesin bagi rawatan dialisis air.
“Mesin itu agak mahal bahkan saya sendiri tak mampu. Sewa dia sebulan dalam RM5,000.
“Saya berasa sangat terharu dan bersyukur kerana dikurniakan keluarga, adik-beradik serta rakan-rakan yang betul-betul memahami saya,”ujarnya.
Terdahulu, Ebby Yus menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kegagalan buah pinggang selama 17 hari sebelum dibenarkan pulang pada 23 Oktober lalu.
Difahamkan, Ebby menjalani pembedahan kecil pada bahagian perut bagi memasukkan tiub untuk memulakan rawatan dialisis air di rumah.
Sumber: TikTok melodiberapi
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source