Aprena Manrose faham apa dirasai Janna Nick -“Aku 8 tahun tahan dengan mulut orang”
Pelakon wanita, Aprena Manrose faham apa yang dirasai Janna Nick susulan video yang dikongsikan selebriti itu berkenaan kecaman yang diterima hanya disebabkan belum lagi dikurniakan cahaya mata.
Menerusi hantaran di Insta Story Aprena, dia menyatakan yang dia sangat benci individu yang bercakap seperti mengetahui segala hal termasuklah rezeki orang lain.
Aprena Manrose faham apa yang dilalui Janna lepas 8 tahun tunggu zuriat
Ujarnya, dia memahami apa yang dilalui Janna dan suaminya, Dini Schatzmann memandangkan 8 tahun bertahan dengan kata-kata orang tentang dirinya yang masih belum hamil.
“Aku benci mulut orang yang terpaling tahu semua benda. Aku faham how Janna rasa sebab aku lagilah 8 tahun tahan dengan mulut orang,” tulisnya.
Artikel lain: Janna Nick menangis rayu henti tanya soal zuriat, lebih setahun jalani IVF
Aprena Manrose faham dirasai Janna dan Dini, minta netizen berhenti tanya lagi
Tambahnya, hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu bagaimana rasa apabila disoal tentang zuriat dan mendedahkan bahawa bukan keinginannya untuk menunda memperoleh cahaya mata.
Disebabkan itu, Aprena memberi amaran kepada orang diluar sana untuk tidak lagi bertanya perihal kehamilan kerana ia boleh mengundang emosi memandangkan dia sendiri tidak dapat menjawab soalan seperti itu.
“Sakit hati ini Allah sahaja yang tahu. Ingat kiteorang tak nak ke? Ingat kiteorang tak usaha ke? Tu semua kerja Tuhanlah”
“Tolong eh jangan nak tanya tanya dah. Haaaku baran la ni,” tegasnya.
Sebelum ini, Janna Nick atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 29 telah membuat video meminta sesetengah pihak yang kurang sensitif untuk berhenti bertanya perihal zuriat kepadanya memandangkan dia dan Dini sudah setahun menjalani proses IVF.
Lebih menyedihkan adalah tindakan beberapa individu yang meninggalkan komen dengan mengatakan perihal yang menggoreskan hati tanpa langsung memikirkan perasaan Janna dan Dini.
Sumber: Instagram Aprena Manrose
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source