Abby Abadi rasa nyanyian Fazura okay saja -“Dah tak suka, semua serba tak kena”
Selebriti, Abby Abadi rasa nyanyian Fazura okay saja memandangkan pelakon itu menyampaikan lagu tersebut bukan untuk sebarang pertandingan.
Abby Abadi rasa ok je, lagi2 lagu duet tapi nyanyi seorang
Ujar Abby lagi di Insta Story, bukan senang seseorang itu mahu menyanyikan lagu duet tetapi disampaikan seorang diri memandangkan Fazura turut menggunakan minus one sewaktu membuat persembahan.
“Ok je comel je Faz nyanyi. Lagu duet nyanyi berdua bukan senang nak dinyanyikan sorang-sorang.
Lagi pula guna minus one kosong. Kira ok lah ni. Bukan pergi bertanding pun,” tulisnya.
Artikel lain: Suara lebih kurang Fazura, Sharnaaz Ahmad seloroh ada peluang keluarkan single
Abby Abadi rasa orang maki tu sebab memang tak suka
Dalam pada itu, Abby juga menyalar tindakan sesetengah pihak yang mana melemparkan kata-kata kurang enak didengar kepada Fazura sedangkan selebriti itu ke negara tersebut untuk bekerja.
Ujarnya lagi, disebabkan rasa tidak suka, semua perkara yang dilakukan seseorang itu pasti tidak digemari walaupun dia tidak melakukan sebarang kesalahan pun.
“Banyaknya yang mencaci maki Faz. Dia ke sana dipanggil bekerja, tentu ada bayaran. Silap-silap dibayar dengan USD.
“Korang maki-maki dapat apa? Dah tak suka tu semua serba tak kena. Istighfar banyak-banyak okay,” katanya lagi.
Terdahulu, video Fazura menyampaikan lagu baru berjudul Bertahan Demi Cinta di SEA Today News di Indonesia telah dikritik ramai.
Difahamkan, lagu berkenaan adalah lagu duet dendangan bersama Fattah Amin namun disampai secara solo olehnya.
Sumber: Instagram Abbyabadi_112
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source