Kumpulan pertama MALBATT 850-12 berlepas ke Lubnan
Kumpulan pertama MALBATT Malaysian Battalion 850-12 (MALBATT 8510-12) berlepas ke Lubnan bagi misi pengaman dan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB).
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled berkata, pasukan tersebut terdiri daripada 854 anggota melibatkan empat fasa penghantaran yang bermula 6 November hingga 18 November ini.
MALBATT 850-12 berlepas ke Lubnan
“Mereka telah menjalani latihan khusus selama 3 bulan yang merangkumi sebulan Latihan Satu Perkhidmatan dan dua bulan latihan integrasi atau Force Integration Training (FIT) di bawah kawal selia Markas Angkatan Bersama bertempat di MALBATT Village, Port Dickson, Negeri Sembilan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Penghantaran Kumpulan Pertama Malaysian Battalion (MALBATT) 850-12 di Pangkalan Udara Subang, Shah Alam hari ini.
Sementara itu, Mohamed Khaled turut mengulas isu buli yang berlaku di Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM), baru-baru ini.
Beliau berkata, Lembaga Siasatan Khas akan mengeluarkan keputusan muktamad pada Jumaat ini.
“Pihak polis telah menghantar laporan ke Pejabat Peguam Negara (AGC),” ujarnya.
Artikel lain: Jerman pilih Malaysia sebagai pelabuhan persinggahan, Khaled harap hubungan pertahanan terus diperkukuh
Pada majlis tersebut, turut berlangsung Upacara Pemakaian Beret PBB Kontinjen MALBATT 850-12 UNIFIL dan Majlis Penyerahan Bendera Malaysia kepada Komander MALBATT 850-12, Kolonel Johan Effendi Mohd Shalleh.
Kumpulan pertama seramai 220 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) akan berlepas ke Lubnan menggunakan pesawat Batik Air melibatkan penghantaran Kontinjen MALBATT 850-12 dan membawa pulang Kontinjen MALBATT 850-11 yang telah berkhidmat selama 12 bulan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source