Kecantikan adik Fattah Amin jadi perhatian
Adik kepada pelakon popular, Fattah Amin yang dikenali sebagai Raihan Amin menjadi perhatian ramai dalam sebuah temu bual, baru-baru ini.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @hanumsubri di laman TikToknya, dia bertanya beberapa soalan berkaitan Fattah kepada ibu dan adik aktor tersebut.
Kecantikan adik Fattah Amin
Dalam video tersebut, antara soalan tersebut adalah perasaan apabila Fattah menjadi artis, personaliti, makanan kegemaran dan sebagainya.
Raihan mendedahkan tidak pernah meminta apa-apa barangan mewah dengan abang sulungnya itu dan dia adalah adik beradik yang paling rapat dengan Fattah.
Pada akhir temu bual tersebut, ibu Fattah Amin yang dikenali sebagai Azizah Abdul Ghani menitipkan nasihat kepada anak lelakinya untuk menjaga diri dan menjaga nama baik keluarga sepanjang bergelar artis.
Artikel lain: Adik Fattah Amin kongsi hukum mengumpat -“Berat dosanya, jangan bangga kecam orang..”
Kecantikan adik Fattah Amin
Cantiknya adik Fattah!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terpesona dengan kecantikan Raihan walaupun tidak memakai sebarang alat solek pada wajahnya.
Tersentuh dengar nasihat ibu Fattah
Dalam pada itu, ramai tersentuh apabila mendengar nasihat ibu Fattah yang mahu memastikan anaknya menjadi seorang lelaki yang tidak lupa kepada agama dan keluarga.
Sekadar info, pasangan selebriti itu telah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di Shah Alam selepas lebih tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya.
Sumber: TikTok @hanumsubri
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source