Bangun kerja seawal 4 pagi, Danny X-Factor seronok jadi pemandu e-hailing
Pelakon Danny X-Factor seronok buat dan tidak berhasrat untuk berhenti bekerja sebagai pemandu e-hailing yang telah dilakukan sejak 2017.
Menurut laporan mStar, Danny atau nama sebenarnya Mohd Khardanie Anwa berkata pekerjaan tersebut dapat membantu meringankan bebannya tanpa perlu mengharapkan duit isteri.
Danny X-Factor
Artikel lain: Zul Ariffin makin rosak! Teruja berlatih menari TikTok dengan topi senget di kepala
“Saya rasa seronok dan berbaloi. Kalau kerja produksi, bayaran memang banyak. Sekali dapat bayaran, terus habis. Kalau buat Grab, hari-hari ada duit untuk bayar semua bil.
“Saya akan keluar rumah pukul 4 pagi dan pulang sebelum waktu Maghrib. Saya sebenarnya lebih memilih untuk bawa Grab daripada terlibat dalam produksi.
“Jadi, tak adalah nak minta duit isteri. Bagi saya, kewangan antara punca masalah rumah tangga artis sekarang ini. Isteri pun kata kalau saya keluar (kerja) dan dapat RM50 pun cukuplah. Mana-mana isteri nak tengok suami bekerja saja,” katanya.
Ujar Danny lagi, dia tidak membuat perkhidmatan pengangkutan tersebut pada setiap hari memandangkan perlu menjaga anak semasa ketiadaan isterinya yang bekerja sebagai kru kabin.
Danny X-Factor
“Saya bawa Grab ini sejak 2017 tetapi itupun hanya tiga hari seminggu sebab isteri saya kru kabin. Kalau dia kerja saya jaga anak, dan kalau dia sudah pulang, saya bawa Grab,” ujarnya.
Untuk makluman, Danny bakal muncul dalam drama bergenre fiksyen dan thriller iaitu Sebelum Titik Noktah yang ditayangkan bermula 11 November, setiap Isnin, jam 11 malam menerusi Saluran 120 di Unifi TV.
Drama terbabit turut dibintangi Aiman Hakim Ridza, Puteri Balqis, Noki, Shabby, Mathni Razak, Alif Muhaimin dan ramai lagi.
Sumber: mStar (Nazrin Zulkafli)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source