Penampilan Terkini Irfan Haris Curi Perhatian, Netizen Samakan Dengan Penyanyi Zayn Malik
Zaman pantas berlalu dan ia sememangnya membawa perubahan, termasuklah rekaan dan trend baju raya.
Jom lihat 5 perbezaan yang ada di antara baju raya dahulu dengan yang sekarang.
Dari Baju Melayu Tradisional Ke Baju Melayu Moden
Sebelum kemunculan baju Melayu Moden, mungkin korang pernah dengar tentang baju Melayu cekak musang dan baju Melayu teluk belanga? Hehe..
Dengan ciri-ciri unik seperti pesak dan kekek yang bertujuan untuk memberi keselesaan kepada si pemakai, generasi lelaki muda sekarang semakin menghindari pesak dan kekek pula. Kononnya, baju Melayu mereka akan kelihatan gelebeh, ‘macam orang tua’ dan macam-macam alasan lagi.
Lalu, muncul lah rekaan baju Melayu moden yang direka seketat-ketatnya mengikut bentuk tubuh lelaki. Kalau berbadan sado, pakaian kelihatan seperti nak terkoyak rasanya semasa duduk. Kalau berbadan slim, pinggang ramping lelaki memang akan kelihatan menonjol gitu.
Tidak, penulis tak bermaksud untuk memperkecilkan minat dan stail terkini baju Melayu.
Penulis juga berpendapat, jika kena potongan baju Melayu moden pada bentuk tubuh, pasti si pemakainya akan tampil segak persis Remy Ishak – no doubt about that. Namun, jika boleh biarlah ada ruang untuk pemakai bernafas seperti yang ditampilkan oleh. Contohnya seperti rekaan dari Lubna dan Rizalman di bawah. Cuma harga yang berbeza mengikut kemampuan masing-masing.
Dari Baju Melayu Ke Kurta & Jubah
Pernah sekitar tahun 2016, kecoh apabila pelakon senior Jaafar Onn ‘mengamuk’ di media sosial kerana beranggapan remaja lelaki terlalu taksub dengan pakaian kurta yang berasal dari India.
Kata beliau, disebabkan ‘rimas’ untuk memakai sampin dan baju Melayu pada pagi Syawal, lelaki lebih sanggup ‘menghancurkan tradisi’ dengan memakai kurta. Dek kerana komen tersebut, ada yang berpendapat beliau terlebih emosi dan ‘ketinggalan zaman’.
Trend kurta dan jubah ini sebenarnya sudah lama berada dalam pasaran Malaysia. Cuma dulu, hanya golongan ‘abah-abah’ yang pakai untuk dibawa ke masjid.
Sekarang, apabila Kurta dan Jubah yang mempunyai banyak pilihan warna, corak dan potongan, generasi muda pula yang lebih tertarik dengannya. Contohnya, rekaan Kylez by Shafiq Kyle, LALAKI dan Jubah Souq yang ringkas dengan warna solid.
Kalau nak lebih ‘berangin’ (haipp!) cubalah jubah daripada Lubna atau Neonate Company.
Baru korang tahu kenapa ‘abah-abah’ suka pakai. Selesa kan?
Dari Baju Kurung Ke Abaya
Baju kurung umpama pakaian ‘staple’ perempuan Melayu pada tahun 1950-an. Kalau nak ke mana-mana, mesti mereka akan memakai baju kurung. Kini sedihnya, baju kurung semakin dipinggirkan. Kurang sungguh golongan pekerja yang memilih untuk memakai baju kurung ke pejabat atau ke event tertentu.
Perempuan Melayu semakin tertarik dengan pakaian yang lebih ketat atau lebih longgar – bukannya yang ‘ngam-ngam’ seperti baju kurung.
Kurung moden dengan rekaan top yang lebih singkat atau yang berikat di pinggang semakin diminati kerana mereka inginkan ilusi kelihatan tinggi dan kurus.
Manakala bagi yang merancang untuk ‘melahap’ semasa ke rumah terbuka, abaya, wrapped dress dan kaftan menjadi pilihan. More space for your food, girls! Antara yang mencuri tumpuan adalah rekaan Rizalman dan Afiq M yang melakukan twist pada rekaan abaya dan konsep wrapped kurung.
Dari Kebaya Ke Peplum
Mulai 1960-an, obsesi terhadap baju kurung berubah kepada kebaya pula. Selebriti dan pelakon filem Malaysia serta Singapura pada waktu itu menarik ramai perempuan Melayu untuk mengenakan kebaya yang dilihat menonjolkan bentuk tubuh sempurna.
Ada juga versi yang lebih ‘modest’ dengan wujudnya kebarong iaitu satu lagi versi kebaya berpotongan labuh. Kedua-duanya diminati ramai terutamanya apabila tiba musim perayaan.
Sehinggalah beberapa tahun yang lalu, potongan peplum pula dilihat menjadi pilihan kerana dikatakan lebih moden.
Peplum sememangnya boleh menonjolkan keyakinan sekiranya potongannya terletak cantik – tidak terlalu labuh dan tidak terlalu beropol. Namun itu tidak bermaksud kebaya dan kebarong itu ketinggalan zaman. Masih ada pereka fesyen yang memberikan injeksi moden kepada pakaian tradisi seperti Syomirizwa Gupta dan Soonaru.
Harga Berpatutan Ke Harga ‘Suku Gaji Kau’
Harga adalah isu besar untuk mana-mana pakaian raya pada setiap tahun. Tidak kiralah label mana sekalipun yang korang pilih, penetapan harga yang semakin lama semakin mahal ini memang membimbangkan.
Adakah baju Raya baru hanya boleh dimiliki oleh anak orang berada dan selebriti saja? Silap hari bulan, pembeli terpaksa berhutang semata-mata nak memiliki baju Raya baru.
Antara punca kenaikan harga mendadak baju Raya adalah kerana tambahan perincian pada baju seperti frills, bell sleeves, feathers, potongan baju asymmetrical dan penggunaan kain lace. Nampak kecil tapi impak penambahan inilah yang menjadi punca harga melambung sehingga mencecah suku gaji korang.
Kalau suku tak mengapa lagi, kalau setengah daripada gaji? #imsobroke
Tudung Bawal Ke Turban
Perubahan tudung bawal ke shawl atau selendang, ke instant shawl dan akhirnya ke turban.
Rata-rata trend ini bermula daripada kelibat selebriti yang menggayakannya. Yuna, Neelofa dan Vivy Yusuf merupakan antara pelopor kepada bermulanya trend tudung ini.
Tak ada masalah sebenarnya kalau nak bergaya dengan tudung baru, cuma pastikan ia menutupi apa yang patut ya.
Tempahan Ke Online Shopping
Kewujudan laman web membeli-belah seperti Zalora, Lazada dan Fashion Valet membuka peluang baru kepada pereka fesyen negara. Tiada siapa pernah terfikir, tugas untuk membeli baju Raya semudah satu klik saja.
Tiba-tiba rindu pula dengan tradisi pergi ke tukang jahit untuk tempahan seawal 4 bulan sebelum Ramadan.
*
Mungkin ada yang akan mengkritik penulis sebagai old-fashion, tak memandang ke arah masa depan dan macam-macam lagi lah.
Namun, dalam banyak-banyak perkara, baju raya dilihat sebagai satu identiti yang seharusnya dipelihara dengan baik. Jika asyik teringinkan perubahan sehingga rekaan tradisi diabaikan, siapa lagi yang nak memakainya 10, 20 tahun dari sekarang? R
(Sumber gambar hiasan top image: Kylez by Shafiq Kyle & Afiq M)
Download seeNI sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source