Tak henti kesat air mata, tangisan anak sulung Ina Naim lihat ibu nikah undang sebak
Anak sulung Ina Naim, Ehmad Hadie Elfardie, 16 dilihat tidak dapat menahan sebak apabila tak berhenti mengesat air mata apabila melihat ibu kembali bergelar isteri.
Menerusi perkongsian video yang diambil dari siaran langsung pernikahan Ina Naim dan Mohd Khairul, Hadie yang duduk disebelah bapa tirinya sewaktu akad nikah berlangsung hanya mampu menahan tangis sehingga majlis selesai.
Anak sulung Ina Naim tak dapat tahan sebak
Dia yang memakai baju biru sedondon dengan adik-adik yang lain menadah tangan di samping Mohd Khairul mengaminkan doa yang dibaca sejurus ibunya sah bergelar isteri.
Ina yang duduk di pelamin turut tidak dapat menahan sebak apabila beberapa kali dilihat mengelap air mata serta ditenangkan individu yang berada disebelahnya.
Ramai sebak sama melihat anak sulung Ina Naim
Perkongsian tersebut telah membuatkan ramai meninggalkan komen mengakui turut tersentuh melihat tangisan remaja terbabit.
Walau bagaimanapun, mereka mendoakan agar rumah tangga yang dibina Ina dan suami terus berkekalan hingga ke akhir hayat.
Besar tanggungjawab dia selepas pemergian bapa
Semoga rumah tangga yang dibina kekal hingga ke akhir hayat
Anak sulung Ina Naim bersyukur ada yang terima mereka
Dalam pada itu, memetik perkongsian dari Mstar, anak sulung kepada Ina dan juga allahyarham Suhaimi Saad itu menyatakan yang dirinya merestui perkahwinan ibu tersayang serta berharap bapa tiri dapat menjadi ketua dalam keluarga mereka.
Dia yang bersyukur kerana ada individu yang mahu menerima mereka hanya memikirkan tentang ibu serta adik-adiknya yang lain.
“Alhamdulillah syukur. Sekurang-kurangnya ada orang sanggup terima dan jaga kami sekeluarga.
“Saya terima (Mohd Khairul) kerana hanya fikir soal ibu dan adik sahaja,” katanya.
Artikel lain: Banyak persamaan dengan arwah Suhaimi Saad buat Ina Naim terima lamaran suami
Bapa tiri layan ibu & adik2 dengan baik
Tambah Hadie, dia membuka hati menerima bapa tiri kerana melihatnya melayan baik ibu serta adik-adik tanpa rasa kekok dengan mereka.
“Dia layan adik dan ibu baik, Alhamdulillah, mungkin dia (Mohd Khairul) boleh jaga keluarga dengan baik,” ujarnya.
Terdahulu, Ina Naim telah selamat bergelar istri kepada pilihan hatinya, Mohd Khairul di majlis yang diadakan di Felcra Sg Ara, Kota Tinggi, Johor.
Ina atau nama sebenarnya, Nordiana Mohd Naim, 40 merupakan balu kepada penyanyi nasyid terkenal, Allahyarham Suhaimi Saad yang meninggal dunia pada November tahun lalu.
Dia yang mempunyai empat orang anak telah mengambil keputusan kembali bergelar isteri apabila menerima lamaran seorang jurutera yang merupakan seorang duda dua anak.
Sumber: TikTok Dhiya Aziella, Mstar
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source