Nak Anak Jadi ‘Orang’? Begini Cara Didik Mereka Faham Makna Kejayaan Sebenar
Mendidik anak-anak tentang erti kejayaan bukan sekadar mengajar mereka meraih pencapaian, tetapi juga menggalakkan mereka untuk menghayati setiap langkah dalam proses itu, termasuk kegagalan.
Setiap kali mereka berjaya, walaupun sekadar mendapat markah yang baik atau membantu kerja kecil di rumah, penghargaan yang diberikan seperti ucapan tahniah, kata-kata semangat, atau hadiah kecil yang boleh membina keyakinan dan motivasi mereka untuk terus berusaha.
Sebaliknya, apabila mereka menghadapi kegagalan, ini juga peluang bagi ibu bapa untuk mendidik mereka tentang keberanian menghadapi cabaran dan kekuatan untuk bangkit semula.
Penting bagi ibu bapa untuk memberi sokongan tanpa syarat, dengan kata-kata yang penuh kasih sayang dan kepercayaan, kerana kata-kata ini menjadi sebahagian daripada identiti dan jatidiri mereka.
Anak-anak yang merasa dihargai ketika berjaya dan disokong ketika gagal akan lebih bersedia menghadapi cabaran hidup. Melalui dorongan ini, kita membantu mereka membina ketahanan diri dan sikap ‘never give up’ yang akan menjadi bekalan penting untuk mereka capai dalam kehidupan. Ikuti perkongsian manfaat ini daripada saudara Hafizul Hakim yang boleh menjadi panduan bersama.
1. Apabila mereka dapat markah ‘A’ kita mesti ucap tahniah. Bagi hadiah kecil sebagai galakan. Impaknya, dia akan cipta lebih banyak kejayaan.
Kalau anak baru pandai sebut huruf ba. Kita sorak dan buat mereka rasa seronok. Mereka berjaya tolong letak pinggan dalam sinki, ucapkan terima kasih.
“You are brave.”
“You are capable.”
“You are better than before!”
“Aaron dah sama tinggi dengan meja makan.”
Bagi mereka ‘feel’ rasa bahagia apabila buat kebaikan dan rasa dihargai.
2. Apabila anak gagal. Bimbing dia cara berdepan dengan kegagalan. Ungkapkan kata-kata yang boleh positifkan dirinya semula.
Bagi mereka kata semangat yang buatkan dia berazam untuk bangkit semula.
“You can learn from mistakes. I did mine too before.”
“I’m ready to listen, ada masalah?”
Usah dihentam dengan kata-kata menyakitkan. Ingat, ia proses membentuk identiti anak. Nak bina bandar Rome tak ambik masa sehari tau!
3. Ucapan tahniah, terima kasih dan tunjukkan penghargaan adalah salah satu resipi mahal dalam pembesaran anak-anak.
Tak perlu terlalu keras dengan mereka seolah diri kita lebih hebat dan tak pernah gagal sewaktu kecil dulu.
4. Bina jatidiri anak-anak. Jangan masa mereka cemerlang je kita ambik kredit. Tapi masa mereka jatuh kita salahkan orang lain. Lebih teruk, kita tambah pula penderitaan mereka. Emosi dan mentally.
5. Orang berjaya ialah orang yang banyak belajar dari kegagalan dan bangkit darinya. Tak semua orang yang dapat bangun semula selepas ditimpa musibah pada diri mereka.
Orang berjaya, kekal sukses kerana dalam diri mereka ada ‘strong will’ yang tidak ada pada semua orang. Sifat ini yang kita nak didik dalam diri anak-anak. Jadi seorang fighter! Never give up hadap cabaran hidup.
“I’m proud with your success!”
“Be an example to your brothers.”
“One day you will become a great person.”
Semoga kita semua berjaya mendidik anak-anak jadi insan mulia. Doakan kami juga ya, agar dapat jadi ayah ibu yang dikagumi dan disayangi anak-anak.
Sumber: Hafizul Hakim
Download seeNI sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source