Khairul Aming & Pinn Yang terbang ke China tuntut ilmu ‘live streaming’ E-Commerce
Pempengaruh terkenal, Khairul Aming dan Pinn Yang terbang ke China bagi menuntut ilmu live streaming E-Commerce di negara tersebut.
Menerusi hantaran yang dibuat Khairul Aming di media sosial miliknya, dia telah mengucapkan salam dari China bersama Pinn Yang bagi memulakan misi menuntut ilmu tentang siaran langsung untuk perniagaan atas talian.
Terbang ke China tuntut ilmu tentang live streaming
Ujarnya, mereka ke negara berkenaan bertujuan untuk mempelajari sebanyak mungkin ilmu berkaitan siaran langsung bagi perniagaan atas talian dan akan berkongsi apa yang mereka peroleh kepada semua terutamanya buat peniaga-peniaga SME di Malaysia.
“Kitaorang datang sini nak belajar pasal e-commerce livestream kat China and kita akan bawak balik sebanyak mungkin ilmu untuk share dengan SME sellers kat Malaysia,” tulisnya.
Artikel lain: Khairul Aming bergabung dengan Pinn Yang, bantu jual produk tempatan
Terbang ke China selepas all out kempen 11.11
Perkara itu dinyatakan pempengaruh dan usahawan tersebut sambil menyatakan yang mereka hanya tidur dua jam sahaja sebelum bergegas ke lapangan terbang usai bersiaran di platform jualan atas talian bersempena 11.11 untuk terbang ke China.
“Salam dari China with Pinn Yang. Semalam kitaorang all out kempen 11.11 and alhamdulillah KA dapat achieve RM1 juta sales and Pin Yang also dapat buat RM1 juta.
Tidur 2 jam and terus pergi airport fly ke Shanghai,” ujarnya lagi.
Bila dua2 orang hebat bergabung
Perkongsian yang dibuat oleh usahawan muda itu telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet di mana masing-masing memuji usaha yang dilakukan dua individu berpengaruh ini.
Mereka juga tidak sabar menunggu konten daripada Khairul Aming dan Pinn Yang dalam berbagi ilmu sepanjang menuntut di China supaya dapat sama-sama mengembangkan lagi perniagaan sama seperti dua pempengaruh tersebut.
Ni baru betul influencer
Nanti share2 ilmu dengan kiteorang tau!
Sekadar info, Khairul Aming dan Pinn Yang merupakan antara pempengaruh yang memberi inspirasi positif kepada anak-anak muda dengan pelbagai konten bermanfaat.
Kedua-duanya mempunyai jutaan pengikut di media sosial dan pastinya mampu memberi pengaruh terhadap perkembangan anak-anak muda lebih-lebih lagi jika konten yang dihasilkan memberi manfaat.
Sumber: Instagram khairulaming
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source