Lapar di Taiwan? Tak perlu risau! Ini tempat makan halal, ‘Mesra-Muslim’ yang perlu dikunjungi
Selain dari China, Jepun dan Hong Kong, mesti ramai teringin melancong ke Taiwan lebih-lebih lagi terdapat pelbagai tempat tarikan pengunjung seperti Menara Taipei 101.
Tapi, mungkin segelintir masyarakat Islam berasa sedikit khuatir untuk ke sana kerana bimbang kelaparan memandangkan kurang pasti mengenai lokasi ‘Mesra-Muslim’ yang sesuai untuk menjamu selera.
Jalan jauh2 takkan nak tahan lapar di Taiwan kot
Takkanlah pergi jauh-jauh sekadar menjamah mi segera atau buah-buahan berserta air mineral sahaja kan?
Kalau anda nak tahu, pada 2023, Taiwan menduduki tangga ke-3 negara ‘Mesra-Muslim’ dalam Global Muslim Travel Index menerusi kategori bukan negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
Jadi, anda tak perlu risau tentang makanan halal kerana sangat mudah menikmati makanan tanpa was-was! Berikut adalah senarai tempat makan yang perlu dikunjungi:
You Chu Western Restaurant
Jika anda memilih untuk ke Taipei, jangan lepaskan peluang menginap di Sheraton Taoyuan Hotel dimana terdapat You Chu Western Restaurant yang menyediakan makanan halal buat individu beragama Islam.
Dari sarapan pagi hingga ke makan malam, tidak perlu lagi risau soal makanan kerana mereka boleh sahaja menyediakan menu halal untuk anda seperti Beef Noodle yang sangat popular dalam kalangan masyarakat di sana.
Alamat: No. 777號, Daguan Rd, Dayuan District, Taoyuan City, Taiwan 337
Mouna Restaurant
Terletak di pusat bandar Taipei, Mouna Restaurant menyajikan makanan asli Maghribi dan India. Ia juga merupakan antara restoran halal terbaik di Taiwan!
Alamat: No. 252, Yanping S Rd, Zhongzheng District, Taipei City, Taiwan
Yunus Halal Restaurant
Restoran ini cukup terkenal dalam kalangan orang kenamaan baik di Malaysia ataupun luar memandangkan masakan disajikan seperti Tom Yum, ikan stim, telur dadar dan banyak lagi cukup menyelerakan.
Kemesraan pemiliknya, Haji Yunus yang menyambut dan menyambut kehadiran anda pastinya berasa seperti berada di rumah sendiri lebih-lebih lagi menu masakan cina yang cukup sesuai dengan tekak kita.
Alamat: No. 36號, Beining Rd, Songshan District, Taipei City, Taiwan 105
Chang’s Halal Beef Noodle Shop
Tak cukup rasanya kalau tidak menikmati makanan ‘wajib’ mereka iaitu Beef Noodles. Jadi, buat anda yang mahu menikmati juadah tersebut, bolehlah ke Chang’s Halal Beef Noodle Shop yang terletak di Taipei kerana dijamin halal dan sedap!
Alamat: No. 21號, Yanping S Rd, Zhongzheng District, Taipei City, Taiwan
Fried Chicken Master
Buat anda yang teringin menikmati makanan segera di Taiwan, boleh saja ke outlet Fried Chicken Master yang terletak di dalam Pasaraya Carefour di Taipei.
Penyediaan yang cepat dan pantas membuatkan anda tidak perlu menunggu lama untuk menikmati ayam goreng dan macam-macam lagi snek lain!
Alamat: No. 1, Guilin Road, Wanhua District, Taipei City, Taiwan
Anda juga tidak perlu risau untuk ke daerah lain selain Taipei kerana ada sahaja makanan halal disediakan tanpa perlu berlapar dan kehausan ataupun memasak sendiri di tempat penginapan.
Contohnya seperti di Nantou, banyak tempat yang menawarkan makanan halal termasuklah di taman tema!
Tai-Yi Red Maple Resort
Resort ini menyediakan buffet sarapan pagi sangat ‘Mesra-Muslim’ dimana mereka mengasingkan piring, sudu dan peralatan lain buat pengunjung beragama Islam.
Makanan yang tidak halal pula telah diletakkan tag bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.
Bukan itu sahaja, mereka turut menyediakan makan malam masakan cina halal dengan pelbagai hidangan yang cukup menyelerakan. Memang kenyang sampai pagi la!
Alamat: No. 176號, Section 1, Zhongshan Rd, Puli Township, Nantou County, Taiwan 545
Barefoot ELF Restaurant
Restoran dengan gaya Mediterranean ini sememangnya cukup menarik apabila anda dapat menikmati juadah dengan menyaksikan pemandangan Dataran Changhua.
Anda patut cuba Fish Thai-Style Spicy dan Tangy Pepper Chicken. Pasti tidak mengecewakan.
Alamat: No.1-1,Bagua Rd, Nantou City, Nantou County Taiwán
The Formoson Aboriginal Culture Village (The Maya Restaurant)
Walaupun dalam taman tema, anda tidak akan kelaparan ataupun susah hati mencari makanan halal kerana ada tempat makanan yang menyajikan menu ‘Mesra-Muslim’.
Jangan risau, The Maya Restaurant yang terletak di dalam The Formoson Aboriginal Culture Village telah mendapat pengiktirafan dari Chinese Muslim Association.
Alamat: 555, Taiwan, Nantou County, Yuchi Township, 金天巷45號
Selain dari tempat-tempat makan yang ‘Mesra-Muslim’, anda juga tak perlu pening membeli buah tangan buat kenalan di Malaysia.
Ada sahaja kedai manisan dan juga coklat yang berkonsepkan vegetarian serta halal tersedia di Taiwan.
Cona’s Chococastle
Selain dapat membuat coklat sendiri di sana, anda turut boleh memborong sebanyak mungkin coklat pelbagai perisa untuk kenalan di tanah air. Dapat seketul dua pun, gembira tak terhingga!
Jangan lupa cuba aiskrim mereka. Sedap sangat!
Alamat No. 32號, Taomi Rd, Puli Township, Nantou County, Taiwan
Vigor Kobo
Kalau dah sampai Taiwan, jangan lepaskan peluang untuk menikmati dan membawa pulang tart yang dijual dalam pelbagai perisa. Setiap gigitan memberi kelazatan yang memukau.
Memang sesuai sebagai buah tangan buat kenalan. Jangan risau, produk keluaran mereka halal dan vegetarian.
Alamat: 108, Taiwan, Taipei City, Wanhua District, Chengdu Rd, 3號1 樓
Haa macam mana? Mesti rasa teruja untuk menjejakkan kaki ke sana! Tiada lagi rasa ragu, ternyata mudah dan senang bagi mencari makanan halal di Taiwan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source