Kanak-kanak usia 12 tahun jaga ibu strok di hospital, tak kisah makan & tidur di lantai
Demi ibu tersayang, kanak-kanak usia 12 tahun sanggup makan dan tidur di lantai wad sambil menjaga ‘syurganya’ yang terlantar disebabkan strok.
Menerusi perkongsian yang dibuat pengguna TikTok dikenali sebagai norasni31, dia telah memuat naik momen sewaktu melihat kanak-kanak lelaki yang melakukan tugas menjaga dan mengurus ibu tersayang seorang diri di hadapan katilnya.
Kanak-kanak usia 12 tahun uruskan ibu di katil hospital
Ujar pengguna Tiktok itu lagi, kanak-kanak yang dikenali sebagai Iman itu merupakan anak tunggal dan menguruskan ibunya tanpa bantuan sesiapa.
“Ni adik Iman, umur 12 tahun. Anak tunggal,”
“Sepanjang aku berada di sini, dia sorang-sorang jaga ibu dia yang terkena strok. Tak duduk diam dia untuk memastikan ibu dia betul-betul dalam keadaan selesa.
“Dia yang akan tukarkan pampers ibu dia, lapkan badan ibu dia. Dia buat sendiri tanpa ada bantuan sesiapa,” ujarnya.
Ibu Kanak-kanak usia 12 tahun itu adalah ibu tunggal
Lebih membuatkan ramai sebak apabila mengetahui bahawa ibu kepada adik Iman juga merupakan ibu tunggal.
Ujar norasni31, doktor juga tidak pasti sama ada Iman faham ataupun tidak apa yang diterangkan tentang keadaan ibunya kerana dia masih lagi kecil untuk menghadapi ujian berat ini.
“Ibu Iman, ibu tunggal, dia hanya ada Iman sahaja.
“Doktor sendiri tak tahu sama ada Iman faham ataupun tidak, apa yang diterangkan, apa yang perlu Iman buat dalam umur yang baru 12 tahun ni.
“Semoga Iman kuat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak seawal usia 12 tahun,” tulisnya lagi.
Ibu sudah pulang ke rumah, dijaga ahli keluarga & Iman sudah ke sekolah
Walau bagaimanapun, menerusi ruangan komen di TikTok tersebut, seorang pengguna memaklumkan yang ibu kanak-kanak berkenaan sudahpun dibenarkan pulang ke rumah.
Dia telah dijaga secara bergilir-gilir oleh adik beradik ibunya dan Iman juga sudah kembali ke sekolah.
Artikel lain: “Syurga buatmu dik” -Wanita kongsi video jaga ibu ayah terima pujian ramai
Subahanallah, besar pahala si anak
Perkongsian yang dibuat oleh pengguna Tiktok berkenaan benar-benar menyentuh hati ramai memandangkan melihat kanak-kanak di usia Iman sepatutnya masih lagi diuruskan oleh ibu bapa.
Tindakan murni yang dilakukan Iman telah mendapat pujian dan rata-rata kagum dengan apa yang dilakukan olehnya walaupun masih di usia muda.
Rezeki ibu dapat anak sebaik Iman
Ayahnya juga ada datang
Semoga ibu Iman diberi kesembuhan dan dapat melihat anak yang berbakti ini membesar menjadi seorang yang berjaya. InsyaAllah.
Sumber: TikTok norasni31
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source