Graduan pakai jubah konvo disangka artis, pelancong tak henti2 minta bergambar
Graduan pakai baju konvo disangka artis oleh sekumpulan pelancong warga asing sehingga mereka tidak henti-henti meminta bergambar bersama telah membuatkan ramai terhibur.
Menerusi hantaran yang dibuat oleh Izzati Fauzi di TikTok, dia telah memuat naik video sewaktu ‘diserbu’ sekumpulan pelancong sewaktu dia bersama rakan-rakan yang lain sedang menjalani ‘pre-convo’ bersempena majlis graduasi tidak lama lagi.
Disangka artis sebab ada photoshoot
Dengan mengenakan jubah konvokesyen berwarna biru dipercayai dari Universiti Awam tempatan, mereka dilihat menjadi perhatian para pelancong yang bergilir-gilir mengambil gambar bersama mereka.
Walaupun situasi tersebut agak menghiburkan, namun mereka tetap melayan dengan baik para pelancong tersebut dengan tersenyum setiap kali mereka merakam gambar.
Artikel lain: Bapa sanggup usung tangki oksigen demi hadiri majlis konvokesyen anak sulung
Disangka artis mungkin sebab cantik jubah konvo tu cantik
Perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok itu telah mendapat respon yang pelbagai daripada netizen di media sosial sehingga ditonton lebih dari satu juta viewers dalam masa satu hari selepas dimuat naik.
Kebanyakan mereka merasakan mungkin pelancong-pelancong berkenaan tertarik dengan jubah konvo yang digunakan mereka kerana terlihat cantik apabila dipakai.
Ada yang pernah alami hal sama
Mungkin mereka ambil gambar sebagai kenangan
Apa-apa pun selamat bergraduasi buat pengguna TikTok berkenaan dan pastinya momen lucu ini akan kekal diingati apabila masing-masing sudah mulai membawa haluan sendiri kelak.
Sumber: TikTok Izzati Fauzi
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source