Adakah ini petanda bumi semakin tua dan nazak gara-gara perubahan iklim dunia yang semakin tidak menentu.?
Banjir yang melanda beberapa buah negeri di Malaysia ketika ini boleh diibaratkan sebagai ‘wake up call’ kepada semua pihak. Apatah lagi apabila ia membabitkan beberapa kawasan yang sebelum ini dianggap ‘selamat’ daripada segala malapetaka seperti Lembah Klang tatkala musim tengkujuh datang menyinggah pada akhir tahun.
Ia sekaligus membuatkan kita terfikir, adakah bencana yang lebih mencabar dan mungkin mampu meranapkan negeri-negeri di Malaysia bakal kita hadapi tidak lama lagi?
Muncul satu kajian yang dilihat relevan dengan situasi negara kita sekarang untuk diambil iktibar.
Ia merupakan kajian yang diluncurkan pada tahun 2019 oleh pihak Centre for Governance and Political Studies (CentGPS) di mana mereka menjangkakan Malaysia boleh tenggelam menjelang tahun 2050. Antara negeri yang berada dalam pemerhatian tersebut termasuklah Perlis, Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Terengganu, Pahang, Kelantan dan Sarawak.
Berikut merupakan antara poin-poin yang mereka senaraikan bagi mengukuhkan andaian tersebut.
Kajian baru menunjukkan bandar2 utama di 🇲🇾 akn berada di bawah paras air laut menjelang tahun 2050
Negeri2 yg terjejas:
Perlis
⁰Kedah
Penang⁰
Perak⁰
N9
Terengganu
⁰Pahang⁰
Kelantan⁰
SarawakKajian ini menggunakan model CoastalDEM, pengukuran yg lebih tepat#SeminitJe pic.twitter.com/tsRsrxkMLW
— Centre for Governance and Political Studies (@CentGPS) November 6, 2019
Organisasi bukan kerajaan (NGO) ini telah menjalankan satu kajian simulasi digital yang dinamakan sebagai Digital Elevation Models (DEM) bagi menjangkakan bagaimana paras kenaikan air laut boleh mempengaruhi negeri-negeri tersebut di kawasan persisiran laut. Ia adalah menerusi ukuran peningkatan paras air laut menggunakan model Shuttle Radar Topography Mission (SRTM).
Di sebelah utara Semenanjung Malaysia, DEM mendapati ibu negeri Kedah, Alor Setar boleh menjadi sebuah pulau dan kawasan sekitarnya seperti Parit Buntar dan Taiping boleh tenggelam sekitar 30 tahun akan datang.
Lokasi seperti Bagan Datoh, Teluk Intan dan Kuala Selangor pula berkemungkinan akan lenyap sementara Pelabuhan Klang boleh tenggelam ke bawah permukaan laut bersama-sama Muar dan Pekan.
Daerah Shah Alam yang terjejas akibat bencana banjir pada akhir tahun mungkin berdepan krisis kawasan darat yang semakin mengecil. Manakala Setia Alam, Subang Jaya, Kota Kemuning dan Sepang mungkin bakal menjadi lokasi bersebelahan pantai.
Di kawasan Pantai Timur pula, Kuala Terengganu dikatakan boleh mengecil menjadi pulau-pulau kecil, sementara lokasi Malaysia Timur seperti Kuching, Sarawak boleh berubah menjadi sebuah pulau.
*
Hasil kajian seperti ini yang melihatkan kesan perubahan iklim terhadap keadaan muka bumi dalam tempoh puluhan tahun lagi bukanlah satu ‘amaran baharu’. Rantau Asia Tenggara sebagai contoh kini semakin sedar akan kesan jangka masa panjang yang boleh melanda bandaraya utama di negara mereka seperti di Indonesia.
ARTIKEL BERKAITAN: Takut Ditenggelami Banjir, Jakarta Serah Gelaran Ibu Negara Indonesia Kepada Kalimantan – REMAJA
BACA LAGI : 2 Buah Pulau Indonesia Lenyap Ditenggelami Air, Apa Nasib Pulau Kita? – REMAJA
Selain itu, ekoran beberapa trilion tan ais yang telah cair di Greenland sejak 1994, paras laut yang semakin meningkat turut boleh menenggelamkan bandar-bandar seperti Mumbai, New York dan Amsterdam.
BACA LAGI : Saintis Dakwa Fenomena Hujan Di Greenland Petanda Buruk. Bakal Tenggelamkan Beberapa Bandar Besar
Diharap dengan terjadinya bencana banjir pada akhir tahun 2021 ini, kesemua pihak terutamanya kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri akan semakin sedar akan impak alam sekitar terhadap kemakmuran negara serta rakyat; DAN akan mengambil tindakan pantas dan efisien bagi mengelakkan lebih banyak bencana berlaku pada masa akan datang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Download seeNI sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source