Song Joong Ki Timang Anak Kedua – “Puteri Cantik Kami Dilahirkan Sihat”
Siapakah yang akan melangkah ke pentas finale yang dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan di Astro Prima HD?
Akhirnya, persoalan terjawab juga kelmarin menerusi episod separuh akhir program pencarian Ratu Hijabista.
Empat orang peserta yang berentap kelmarin ialah Mellya Azizi, Tina Aziz, Qila Shahirah dan Fiffy Afrina. Menerusi episod tersebut, mereka telah ke Kuala Kangsar untuk sama-sama mendekati keluarga angkat masing-masing menerusi cabaran berformatkan Vlog.
Pada peringkat ini, kesemua peserta mempunyai potensi besar ketika berada di hadapan kamera sehinggakan juri tetap, Puan Sri Normala Samsuddin berdepan kesukaran untuk menyingkirkan salah seorang daripada mereka.
Lalu, kejutan dilakukan apabila keempat-empatnya diberikan peluang mara ke episod finale pada minggu hadapan.
Jom lihat siapakah yang terpilih dan apakah perasaan mereka sebelum berentap untuk merebut gelaran Ratu Hijabista 2020.
*
*
Menurut bakal peguam ini, ibu tercintalah yang memberikan dorongan menyertai Ratu Hijabista. Pada peringkat awal, dia tidak begitu yakin jika pakej yang dimilikinya adalah sesuatu yang dicari oleh pihak produksi. Namun kelebihan Tina dalam berkata-kata menyerlahkannya lagi sepanjang musim pertama ini.
“Pada episod pertama, saya berada pada kedudukan bottom 3 bersama Mellya. Dari situ, saya cepat belajar untuk memperbaiki kelemahan, ‘study the game’ dan cuba untuk menonjolkan siapakah diri saya.
“Kalau nak sebut tentang kelebihan yang saya miliki, mungkin ia terletak pada kreativiti saya berfikir dan ketangkasan semasa bercakap. Namun, 3 finalis lain juga ada kelebihan masing-masing. Tentunya finale nanti akan membuahkan saingan sengit,” jelas pelajar jurusan perundangan UiTM Shah Alam yang telahpun menghabiskan peringkat chambering.
Yakin, yakin juga. Akan tetapi, itu tidak bermakna Tina tidak pernah berdepan dengan isu peribadi sepanjang Ratu Hijabista.
“Mungkin ramai tak tahu saya pernah breakdown sebentar kerana saya belum biasa bekerja untuk sebuah program televisyen. Ia sememangnya memakan masa serta tenaga. Ada masanya, saya menangis di dalam toilet keseorangan kerana kepenatan. Namun semuanya berbaloi apabila saya berpeluang bertemu personaliti mantap seperti Erra Fazira, Che Ta, Fara Fauzana dan ramai lagi,” kata Tina yang ingin menyampaikan mesej mengenai isu defamation yang hangat diperkatakan sekarang.
Buat masa ini, Tina enggan melepaskan impian bergelar peguam selepas pertandingan ini tamat. Malah, ayah Tina berharap agar dia tetap mengejar peluang menjadi seorang peguam demi masa hadapan. “He says, do not stop being a lawyer so that people will not stop seeing you as one.”
*
*
Melihat kepada pakej yang dimiliki oleh pelajar jurusan komunikasi massa daripada UiTM ini, Qila Shahirah mempunyai peluang cerah dalam industri penyiaran sekiranya masa dan keinginan dilaburkan kepada impiannya itu. Sejak usia kecil, Qila sudah mengidamkan bidang pengacaraan kerana teringin untuk menemui personaliti berinspirasi dan mengetahui kisah mereka.
“Saya suka sekali melihat kak Farah Fauzana yang mudah membuatkan orang di sekelilingnya ‘senang’ dengannya. Semasa Ratu Hijabista menjemputnya sebagai salah seorang mentor, dia sempat mendorong saya untuk terus mencari peluang kerana dirinya juga dilahirkan daripada fakulti sama, cuma berlainan major (public relations).
“Dia meminta kami untuk berpada-pada dengan keyakinan diri sendiri,” kongsi Qila yang mempunyai paras rupa mirip beberapa personaliti tempatan. Baginya, itu tidak menjadi masalah utama sekiranya disamakan dengan personaliti tempatan memandangkan aura dan pengisian masing-masing berbeza.
Berkenaan kelebihan yang akan dibawanya ke finale Rabu hadapan, Qila akan menggunakan pengalaman di depan kamera serta penonton untuk memberikan yang terbaik. “Selain itu, saya sedang tingkatkan lagi pengetahuan am dengan memperbanyakkan pembacaan berita terkini serta isu semasa.”
*
*
Suaranya lantang, auranya juga kelihatan apabila berdiri di hadapan kami.
Rezeki untuk melangkah ke pentas finale adalah satu keinginan yang tidak pernah putus dalam diri Shamellya Azizi walaupun dia hampir disingkirkan pada episod pertama.
“Semua peserta akhir kali ini menepati kriteria yang dicari oleh Ratu Hijabista, jadi saya hanya perlu berusaha untuk menonjolkan diri sendiri pada finale nanti.
“Kalau nak diikutkan, semua peserta telah banyak berkorban untuk menyertai program ini. Seperti saya pula yang memegang jawatan Ahli Parlimen Belia Malaysia bagi negeri Selangor, komitmen untuk aktiviti dan itinerari program perlu saya ketepikan dahulu demi Ratu Hijabista.
“Walaupun terpaksa meninggalkan komuniti dan rakan, bagi saya ia berbaloi kerana menerusi platform ini, saya boleh kembangkan lagi perjuangan kami selepas ini secara meluas,” kata Mellya yang dilantik bagi penggal 2019 – 2021.
Untuk pengetahuan korang, konsep Parlimen Belia ini mirip Pilihan Raya Umum di Malaysia. Calon akan diundi untuk mewakili belia sesebuah negeri bagi setiap penggal. Mellya yang merupakan pelajar ijazah Sarjana Muda Kewangan di UiTM mewakili negeri Selangor. Dia juga merupakan salah seorang daripada hanya 3 wakil perempuan dalam kalangan 25 orang wakil belia yang dilantik. Itu adalah satu pencapaian yang cukup membanggakan.
“Misi kami baru-baru ini telah dihargai menerusi Anugerah Wira Belia COVID atas inisiatif kami mengagihkan pelindung muka (face shield) kepada para frontliners. Selepas ini, saya tidak sabar untuk teruskan inisiatif baru pula seiring dengan keperluan komuniti,” tambahnya lagi.
*
*
Pada awalnya, si cantik manis ini hanya mencuba nasib menyertai Ratu Hijabista kerana ingin meningkatkan keyakinan diri. Lihat sajalah kepada dirinya sekarang, keyakinanya telahpun bertambah baik secara ketara.
Status Fiffy Afrina sebagai seorang pelajar jurusan perubatan mungkin membuatkan ramai penonton memberi tumpuan lebih kepadanya. Mungkin mereka ingin melihat apa yang boleh ditawarkan oleh Fiffy sepanjang program Ratu Hijabista.
Baginya, platform ini bukan saja membuka pintu untuknya menyertai industri seni. Malahan, ia juga membuka peluang untuknya membincangkan isu kesihatan yang dihadapi oleh komuniti.
“Ada orang mungkin ‘takut’ nak berborak dengan Fiffy kerana status saya dalam bidang perubatan. Tetapi Fiffy suka untuk mengalu-alukan sesi berborak ini kerana ia adalah sesuatu yang positif. Lihat saja pada figura seperti Dr Tengku Ezuria yang terlibat dengan program Tanyalah Doktor.
“Beliau mampu menyentuh masyarakat dengan topik kesihatan dan mereka boleh menerimanya. Saya juga ingin menjadi seperti itu,”jelas Fiffy yang memandang tinggi terhadap Puan Sri Normala Samsuddin kerana kefasihan beliau dalam bertutur.
Ditanya mengenai perancangan Fiffy selepas ini, dia masih berbaki pengajian selama setahun setengah di UNIKL Ipoh dan ingin sekali melibatkan diri dalam bidang pakar seperti Obstetrics & Gynaecology.
*
Jadi, siapakah peserta pilihan korang untuk dinobatkan sebagai Ratu Hijabista 2020?
Jangan lupa untuk menyaksikan siaran langsung finale Ratu Hijabista pada 30 September (Rabu) jam 9.00 malam di saluran Astro Prima HD.
Sebelum tu, jom dengar apa yang Dewi Remaja 2019, Shaza Bae ingin sampaikan kepada 12 orang finalis Ratu Hijabista 2020.
Download seeNI sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source