8 maut kemalangan ngeri di Sarikei, tular video MPV lawan arus dikejar polis?
Lapan maut kemalangan ngeri di Sarikei selepas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki kesemua mangsa bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) di Lebuhraya Pan-Borneo Sarikei-Sibu.
Memetik laporan dari Harian Metro, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan kesemua mangsa yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian belum dapat dikenalpasti identiti mereka.
Kemalangan ngeri libatkan dua kenderaan
Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei telah ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan jam 3.40 petang.
Difahamkan, ada mangsa yang tersepit di dalam kereta dan terdapat dua mangsa tercampak keluar dari kenderaan yang mereka naiki.
“Dua daripada mangsa yang menaiki Perodua Alza dilaporkan tercampak dari kenderaan yang dinaiki.
“Sementara dua lagi mangsa yang menaiki 4WD dilaporkan cedera dan dikeluarkan dari kenderaan dengan bantuan orang awam dan diberikan rawatan awal oleh pegawai perubatan,” katanya.
Artikel lain: Guru al-Quran maut kemalangan, saksi kongsi mayat mangsa bersih tanpa darah
Kemalangan ngeri berpunca dari lawan arus?
Dalam pada itu, menerusi rakaman dashcam yang dikongsikan akaun Facebook Francis ngu hown hua page, dapat dilihat sebuah MPV melalui Lebuhraya Pan-Borneo Sarikei-Sibu dalam keadaan melawan arus dan dikejar oleh pihak polis sebelum kemalangan tersebut berlaku.
Setakat ini, belum ada sebarang kesahihan berkenaan punca kemalangan ngeri berkenaan berlaku sehingga mengakibatkan kematian seramai 8 orang tersebut.
Kesemua mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan selepas berjaya dikeluarkan dari kenderaan dengan bantuan pasukan bomba menggunakan peralatan khas.
Sumber: Harian Metro (Erika George), Facebook Francis ngu hown hua page
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source