Cik Epal tunai umrah, mohon maaf seikhlas hati jika ada salah & silap
Pempengaruh terkenal, Cik Epal tunai umrah apabila memuat naik gambar dirinya di lapangan terbang dengan memberitahu yang dia akan berangkat ke Tanah Suci.
Menerusi Instagram Cik Epal, dia telah memuat naik gambar berpakaian serba hitam dan sempat memeluk anak-anaknya, Han dan Yuki.
Cik Epal tunai umrah, mohon maaf salah silap
Dalam kapsyen yang disertakan, Cik Epal memohon maaf andai selama ini ada melakukan kesilapan serta berharap orang ramai dapat menghalalkan setiap apa yang telah dimakan, minum atau diambil secara sedar ataupun tidak.
“Assalamualaikum. Aku akan berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah umrah. Di sini aku ingin memohon ampun & maaf seikhlas hati atas semua salah silap (sengaja/tidak sengaja), halalkan apa yg dimakan/diminum/diambil,” tulisnya.
Cik Epal tunai umrah, harap dapat doakan urusan dipermudah
Cik Epal atau nama sebenarnya, Murni Mahmud juga berharap orang ramai dapat mendoakan agar dirinya selamat tiba ke destinasi di tuju serta segala urusan di sana kelak dipermudah.
Doakan aku selamat sampai ke destinasi, selamat menunaikan ibadah umrah dengan sempurna,diberikan kesihatan yang baik, dilindungi Allah SWT setiap masa dan mendapat umrah yang mabrur.Amin,” tulisnya lagi.
Artikel lain: Cik Epal buka bisnes piza baharu, bantu bekas pekerja Jofliam yang dibuang
Alhamdulillah, betul tindakan Cik Epal tunai umrah
Perkongsian pempengaruh tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata mendoakan agar umrah yang dilakukannya dapat berjalan dengan lancar.
Mereka juga berharap agar Cik Epal dapat menenangkan diri susulan pelbagai dugaan dialami sejak kebelakangan ini disebabkan isu rumah tangga yang menjadi bualan selepas disahkan bercerai dengan usahawan, Jofliam.
Semoga pulang nanti diberi ketenangan jiwa
Dia nampak kuat, tapi dalam hati siapa yang tahu
Terdahulu, konflik rumah tangga Cik Epal dan Jofliam telah menjadi perhatian netizen di media sosial apabila mereka saling bebalas kenyataan bagi mempertahankan diri berhubung dakwaan wujud orang ketiga sehingga terjadinya perpisahan.
Walau bagaimanapun, kedua-dua pihak telah mengeluarkan kenyataan tidak mahu memperpaanjangkan isu kerana fokus utama mereka kini adalah anak-anak yang sedang membesar.
Sumber: Instagram cikepal06
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source