Ina Naim dan suami makin romantik, netizen mahu pindah planet lain!
Sejak kebelakangan ini, nama penyanyi Ina Naim dan suami, Mohd Khairul Rizal sering menjadi bualan ramai selepas sah bernikah pada 8 November lalu.
Terbaharu, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @Daddy MKR di laman TikTok, dapat dilihat kemesraan antara Ina dan Khairul Rizal ketika bermain buaian di Sugeh Hill Resort milik usahawan Datuk Seri Aliff Syukri.
Ina Naim dan suami
Artikel lain: Duit raya itu hadiah! Ina Naim tak kisah nilai nafkah -“Batin penting, sayang saya, anak2”
Netizen nak pindah ke planet lain!
Dalam perkongsian itu, Khairul Rizal menunjukkan cara bermain buaian dengan cara yang sebenar telah membuat netizen berseloroh mahu berpindah ke planet lain.
Ada yang tegur Ina, jangan tunjuk kebahagiaan
Bagaimanapun, ada juga segelintir individu yang menegur Ina untuk tidak terlalu menunjukkan kebahagiaan kepada umum kerana bimbang terkena penyakit Ain.
Dalam pada itu, disebalik teguran yang diberikan, ramai yang mendoakan agar mahligai Ina dan suami sentiasa dipelihara dan berharap berbahagia hingga ke jannah.
Ina Naim dan suami
Sekadar info, Ina pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas kumpulan nasyid Inteam, Suhaimi pada 12 Oktober 2007 dan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.
Bagaimanapun, Suhaimi disahkan meninggal dunia pada 15 November tahun lalu akibat masalah kesihatan yang juga menyebabkan organ dalaman tidak berfungsi.
Sumber: TikTok @Daddy MKR
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source