Tahniah! M Nasir terima Ijazah Terhormat Doktor Falsafah Persembahan sempena Konvokesyen UPSI ke-26
Penyanyi yang juga komposer profilik, Datuk M Nasir terima Ijazah Terhormat Doktor Falsafah Persembahan pada Istiadat Konvokesyen Ke-26 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), hari ini.
Berita baik itu turut dikongsikan menerusi sebuah hantaran di Instagram milik pengiat seni terkenal yang memulakan karier pada tahun 1979.
Perasmian istiadat konvokesyen di Dewan Besar Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City, di sini hari ini disempurnakan oleh Raja Permaisuri Perak yang juga Canselor UPSI, Tuanku Zara Salim.
Artikel lain: Aris Ariwatan bangga anak genggam ijazah Teknologi Kejuruteraan Pesawat Terbang
M Nasir terima Ijazah Terhormat Doktor Falsafah Persembahan
M Nasir atau nama sebenarnya Mohamad Nasir Mohamed antara 7,172 graduan menerima diploma, ijazah sarjana muda, sarjana, doktor falsafah (PhD) dan ijazah kehormat pada Istiadat Konvokesyen Ke-26 UPSI bermula hari ini hingga 30 November.
Naib Canselornya, Prof.Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, pengalaman M. Nasir dalam dunia seni selama lebih empat dekad melayakkan beliau menjadi pakar rujuk dan penasihat dalam bidang seni persembahan di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan UPSI sejak 2021.
“Syarikat Luncai Emas Sdn. Bhd. menjadi rakan strategik UPSI melalui MoU sejak 2016 sehingga sekarang.
“Sumbangan M. Nasir sangat besar dalam mengangkat martabat dunia seni muzik dan mencapai tahap berprestij dan signifikan dengan pembangunan pendidikan negara dan pemikiran rakyat menerusi muzik,” katanya memetik laporan Kosmo! Online.
Selain itu, Datuk Nash atau nama sebenar, Nashrudin Elias akan menerima Ijazah Sarjana Pengajian Persembahan secara APEL Q, iaitu berdasarkan pengalaman relevan dengan program pengajian.
Sumber: IG datomn45ircipta, Kosmo! Online (Megat Lutfi Megat Rahim), BH Online (Rosman Shamsudin)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source