Madammu tak suka, marah anak gerak bibik bangun tidur cari seluar
Usahawan produk kecantikan terkenal, Madammu tak suka dengan tindakan anak perempuannya terhadap pembantu rumah mereka.
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Madammu atau nama sebenar Eriyca Baiduri menegur sikap anak perempuannya, Qallay yang mengejutkan pembantu rumah daripada tidur semata-mata mahu mencari seluarnya.
Madammu juga menyifatkan tindakan Qallay itu adalah melampau kerana perkara tersebut bukanlah penting.
“Qally melampau ya. Dah bibik, pergi tidur. Ada kejut bibik waktu macam ni. Bibik nak tidur lah, dah lewat ni. Esok je lah. Dia nak cari seluar jeans dia, waktu macam ni kejut bibik. Awak bukannya nak pakai seluar tu malam ni.
“Eh dia buat muka, lepas tu nak menangis,”katanya dalam sesi siaran langsung.
Madammu tak suka
Dalam sesi siaran langsung itu, suami Madammu iaitu Muhammad Azri Che Noh atau lebih mesra dengan panggilan TP turut menegur Qally yang seakan tidak menghormati waktu rehat pembantu rumah.
Madammu berkata, anak perempuannya berusia 15 tahun itu pasti akan merajuk dan menangis selepas ditegur oleh mereka.
“Dah pukul 11, dia pergi kejut bibik dekat belakang. Mummy siku-sikukan nanti. Saya tanya dia nak pakai esok ke, dia kata tak tapi dia teringat pasal seluar tu.
“Dia dah 15 tahun bukannya 5 tahun, tapi bila Mummy tegur dia sentap lah dia. Dia memang macam tu,”katanya lagi.
Artikel lain: Kenapa nak ulas? Tengok suami kita, jangan sibuk rumah tangga orang – Madammu
Untuk rekod, Madammu mendirikan rumah tangga pada 2015 yang juga seorang duda anak tiga iaitu Zahara, Qally dan Ahmadhi.
Pada 9 Jun lalu, Madammu selamat melahirkan anak pertamanya, Ahmad Kayden di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur secara pembedahan.
Sumber: TikTok rosesmawar08
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source