Kak KM hanya tumpang rezeki, cuba penuhi impian anak mahu Porsche sempena ‘birthday’ ke-21
Usahawan dan personaliti media sosial, Liana Rosli mesra disapa Kak KM hanya tumpang rezeki anak-anak atas segala keselasaan dan kemewahan dilimpahkan oleh-Nya.
Menerusi temu bual bersama Media Hiburan, usahawan jamu sensasi berusia 43 itu memberitahu segala apa diperolehnya adalah kerana anak-anak dan tak kisah berhabis demi permata hati.
Kak KM hanya tumpang rezeki anak-anak
Oleh itu, dia akan cuba menunaikan impian anak sulung, Nabila Razman yang mahukan sebuah kereta mewah jenis Porsche bersempena ulang tahun kelahiran ke-21 tidak lama lagi.
“Masih mencari bersesuaian. Nabila bakal sambut ulang tahun kelahiran ke-21 tahun. Jadi, dia dapat kunci. Tapi bukan kunci kebebasan.
“Sebagai anak sulung (Nabila), Kak KM tanya dia nak apa? Dia cakap nak Porsche. InsyaAllah, doakan kita punya rezekilah
“Tak kisahlah kalau memang rezeki, kita pun tumpang anak. Tiada masalah pun,”kata Kak KM.
Kak KM contohi ibu, utamakan anak-anak
Ujar Kak KM, apa yang dilakukannya pada masa kini adalah hasil melihat didikan ibunya yang juga pelakon veteran, Normah Damanhuri yang sentiasa mengutamakan anak-anak selepas memperoleh rezeki.
“Saya membesar dengan seorang ibu, dia mencari duit. Arwah bapa Kak KM dah meninggal dunia. Jadi, ibu yang jaga kami (adik-beradik lain) seorang diri dengan duit hasil penggambaran.
“Balik sahaja daripada penggambaran, semua anak kena masuk ke dalam kereta pergi membeli-belah seorang satu troli.
“Pemikiran dia (ibu), semuanya tentang anak-anak. Tiada penggambaran ajak pergi bercuti, apa-apa semua anak.
“Jadi, Kak KM banyak sikit ikut cara ibu. Memang bagi Kak KM, daripada miskin tiada apa-apa pun, Kak KM cuba simpan duit, kita mula nak berniaga jamu, Kak KM terus berniat untuk anak-anak dan buat kalau dah dapat. Bukan ada duit tapi kau pergi buat benda lain, itu salah,”ujarnya lagi.
Artikel lain: Kak KM mahu anak bekerja, terima wang belanja, tak banyak cuma nak beri keberkatan
Terdahulu, Kak KM memberitahu dia mahu anak-anaknya bekerja dan memberi wang belanja buat dirinya dan suami.
Jelasnya, meskipun dia memiliki wang sendiri tetapi dia masih mahu menerima wang belanja daripada anak-anak agar mereka mendapat keberkatan.
Sekadar info,Liana Rosli mendirikan rumah tangga dengan Razman Ramli dan dikurniakan empat cahaya mata sepanjang 22 tahun usia perkahwinan mereka.
Sumber: FB Media Hiburan
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source