Tular jaga ibu strok, kanak-kanak 12 tahun belajar cara pakaikan pampers dewasa melalui YouTube
Tular jaga ibu strok sehingga sanggup makan dan tidur di lantai wad hospital, seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dikenali Iman mendapat perhatian orang ramai.
Apa yang membuatkan ramai tersebut apabila adik Iman yang merupakan anak tunggal menguruskan ibunya tanpa bantuan sesiapa.
Tular jaga ibu strok
Terbaharu, kisah adik Iman ini mendapat perhatian salah sebuah stesen radio tempatan, Era FM dan melawat dua beranak itu.
Ketika ditemu bual, adik Iman memberitahu dirinya hanya mempelajari cara memakai pampers (lampin pakai buang dewasa) menerusi platform YouTube sahaja.
“Adik Iman taip cara pakai pampers dewasa.
“Tak ada rasa apa sewaktu tukar pampers pada ibu,”jawabnya ketika disoal oleh penyampai radio.
Artikel lain: Kanak-kanak usia 12 tahun jaga ibu strok di hospital, tak kisah makan & tidur di lantai
Anak yang baik, seindah nama diberi
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut tersentuh dan memuji sikap adik Iman yang sanggup melakukan apa sahaja demi ibunya walaupun usianya masih muda.
Mereka juga menyatakan keperibadian kanak-kanak itu seindah nama yang diberi ibu bapanya.
Terdahulu, kisah adik Iman tular di TikTok apabila dirinya sibuk menguruskan keperluan harian ibunya di hospital akibat diserang strok di saat rakan sebayanya berseronok bermain di luar.
Difahamkan, ibu kanak-kanak itu sudahpun dibenarkan pulang ke rumah dan kini dijaga secara bergilir-gilir oleh adik beradik ibunya dan Iman juga sudah kembali ke sekolah.
Sumber: TikTok era.je
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source