Pelajar UiTM belanja RM175 – RM1500 untuk konvo, ada yang ditaja teman lelaki
Tular di media sosial video memaparkan kesanggupan pelajar-pelajar UiTM belanja RM175 – RM1500 untuk konvo termasuk ada yang ditaja oleh teman lelaki sehingga menyebabkan ramai warga maya terkejut.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Zestie Malaysia telah melakukan temu bual bersama pelajar-pelajar UiTM (Universiti Teknologi MARA) yang dipercayai sedang mengambil jubah mereka sebelum hari konvokesyen.
Pelajar UiTM belanja RM175 – RM1500 untuk konvo
Pada video tersebut, beberapa pelajar telah ditanyakan tentang jumlah wang yang telah mereka belanjakan demi menyambut Hari Konvokesyen tersebut.
Rata-ratanya pelajar itu berkata mereka membelanjakan wang sekitar RM200 hingga RM400, namun terdapat juga beberapa yang sanggup berbelanja lebih RM1,000.
Berhabis duit, pelajar UiTM belanja RM175 – RM1500 untuk konvo
“Baju, RM200. Lepastu makeup dalam RM200. Jurugambar dalam RM250. Rumah sewa dalam RM170, jadi jumlahnya dalam RM1,000 lebih,” kata salah seorang pelajar perempuan sambil tertawa kecil.
Dalam pada itu, terdapat juga pelajar yang membelanjakan sekitar RM1,500 demi membeli pakaian dan kasut baharu termasuk solekannya pada hari konvokesyen nanti.
Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila seorang pelajar perempuan yang ditemu bual itu mendedahkan semua kos untuk hari konvokesyennya ditaja oleh teman lelaki.
Ditaja teman lelaki, pelajar UiTM belanja RM175 – RM1500 untuk konvo
Pelajar perempuan itu tanpa segan silu berkata dia telah ditaja sepenuhnya teman lelaki dan dia hanya perlu mendapatkan wang ringgit tersebut daripada pasangannya.
“Saya kena sponsor, semua teman lelaki saya yang sediakan. Saya tinggal ambik duit je,” kongsinya pelajar tersebut sambil tertawa girang.
Namun begitu, seorang pelajar lelaki yang ditemu bual menerima pujian ramai kerana hanya membelanjakan RM175 untuk jubah hari konvokesyen dan tidak mahu berbelanja lebih.
“RM175 je, saya tak nak berbelanja lebih-lebih,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya terkejut dengan jumlah yang sanggup dibelanjakan oleh pelajar-pelajar tersebut demi menyambut hari konvokesyen.
Artikel lain: Lelaki bukan Islam solat Jumaat, akui satu pengalaman manis dalam hidup!
Wowwww! Saya sangat terkejut!
Perghh! Pelajar UiTM belanja RM175 – RM1500 untuk konvo!
Saya tak belanja apa2 pun untuk hari graduasi saya
Dalam pada itu, ada juga warganet yang meluahkan rasa kurang senang atas kenyataan pelajar perempuan yang mendedahkan dia tidak membelanjakan sebarang wang ringgit kerana semuanya dibayar teman lelaki.
Ish, malu la buat kenyataan boyfriend bayarkan
Yang boyfriend sponsor tu pointer berapa?
Yang boyfriend sponsor tu tak perlu bangga
Bagaimanapun, pelajar lelaki yang tidak berkata tidak mahu membelanjakan wang ringgit secara berlebihan pula menerima pujian ramai netizen.
Lelaki yang tak spend banyak tu sesuai jadikan suami
Adik yang kata tak nak spend banyak duit tu bijak
Terbaik!
Namun begitu, terdapat segelintir warga maya yang berkata tidak menjadi masalah untuk berbelanja lebih ketika menyambut hari konvokesyen kerana ia peluang sekali dalam seumur hidup.
Kenapa komen negatif?
Convo sekali seumur hidup kot…
Tenang la semua, dorang bekerja sementara tunggu konvo
Takpe la, sekali seumur hidup kan. Manatahu tak sambung study dah nanti….
Sumber: Instagram Zestie Malaysia
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source