“Sahabat hingga syurga..”- Tak kekok, sekumpulan pemuda bantu rakan berkerusi roda turun tangga
“Moga menjadi asbab sahabat hingga syurga,”demikian perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali Nazhan.
Baru-baru ini, tular satu hantaran menyentuh perasaan warganet mengenai nilai sebuah persahabatan sewaktu menghadiri majlis perkahwinan.
Menerusi perkongsian itu, kelihatan seorang lelaki berkerusi roda sedang berada di atas pentas pelamin majlis rakannya.
Artikel lain: “Takut tayar kotor, ada najis..”- Pengusaha bakeri mohon maaf tak benarkan OKU berkerusi roda masuk kedai
Namun, apa yang menarik perhatian ramai apabila sekumpulan pemuda bertindak mendahului rakan mereka yang berkerusi roda yang dilihat mahu menuruni pentas tersebut.
“Sahabat hingga syurga..”
Mereka kemudiannya dilihat bersahaja dan tidak kekok membantu angkat rakan yang berkerusi roda untuk turun tangga.
Sementara itu, meninjau di ruangan komen, seorang individu dipercayai saudara kepada lelaki berkenaan memberitahu abangnya dikenali Hariz Zamri mengalami masalah saraf tunjang tersumbat sehingga mengakibatkan dirinya tidak boleh berjalan sehingga sekarang.
Nilai sahabat sebenar..
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji tindakan baik hati pemuda-pemuda tersebut yang prihatin terhadap rakan mereka yang berkerusi roda itu.
Malah, warganet juga mendoakan agar persahabatan sekumpulan pemuda berkenaan berpanjangan dan saling menghargai antara satu sama lain.
Dalam pada warganet memuji sikap baik hati, orang ramai juga kagum melihat kod etika pemakaian mereka yang dikatakan kemas untuk ke majlis perkahwinan.
Sumber: TikTok mnaz02
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source