Belum ambil SPM, pelajar Melayu cemerlang di SJKC sudah ‘dirisik’ universiti
Pelajar Melayu yang mendapat anugerah Tokoh Pelajar Terbaik ketika majlis penganugerahan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Heng Ee, George Town, Pulau Pinang, Ahmad Khidir Ahmad Nazri dikhabarkan telah ‘dirisik’ beberapa universiti susulan kejayaannya yang cemerlang sewaktu di bangku sekolah.
Terkejut! Cikgu yang beritahu
Memetik laporan dari Harian Metro, Ahmad Khidir memaklumkan yang dia mengetahui hal tersebut menerusi gurunya apabila ada pihak universiti yang menghubungi menerusi platfrom TikTok.
“Saya terkejut apabila Cikgu Sejarah maklumkan ada wakil universiti daripada bahagian pengambilan penuntut mahukan butiran lanjut mengenai saya.
“Tapi pihak universiti berkenaan belum menghubungi saya mahupun keluarga. Ikutkan saya memang berhasrat sambung pengajian ke peringkat universiti dalam bidang sumber manusia dan kalau boleh nak ke Universiti Malaya (UM) atau Universiti Utara Malaysia (UUM),” ujarnya.
Pelajar Melayu cemerlang SJKC mahu fokus SPM dahulu
Walau bagaimanapun, Ahmad Khidir memaklumkan yang dia mahu fokus dan memberi tumpuan kepada persediaan untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula dengan Ujian Bertutur Bahasa Melayu pada 2 Disember depan.
“Tapi buat masa sekarang kena fokus dengan SPM dulu kerana nak dapat keputusan terbaik memandangkan sudah buat persediaan sejak Tingkatan Tiga lagi,” katanya.
Artikel lain: Bolot lima anugerah, pelajar Melayu rangkul Tokoh Pelajar Cemerlang di sekolah Cina!
Pelajar Melayu cemerlang SJKC akui ada yang mesej tanya tips belajar
Dalam pada itu, pelajar Tingkatan 5 berkenaan menyatakan yang ada beberapa pihak turut menghantar mesej kepadanya bertanyakan perihal akademik.
“Memang ada yang bertanya tips macam mana saya belajar bahasa Mandarin, dan Prinsip Perakaunan, malah ada pelajar Tingkatan Tiga yang ingin tahu macam mana pilih aliran ke Tingkatan Empat.
“Jadi, saya kongsi mana yang termampu kerana nak orang lain pun berjaya,” katanya lagi.
Terdahulu, kisah Ahmad Khidir yang menerima anugerah Tokoh Pelajar Cemerlang serta empat lagi pengikhtirafan lain iaitu Anugerah Timbalan Ketua Pengawas, Anugerah Pertama Dalam Kelas dan Tingkatan, serta Anugerah Terbaik Mata Pelajaran telah mencuri perhatian susulan kakaknya, Fatimah Azzahra memuat naik perkara itu di platfrom TikTok.
Difahamkan, Khidir satu-satunya pelajar Melayu yang berulang kali naik ke pentas untuk menerima lima penghargaan tersebut sekaligus membuatkan netizen kagum dengan pencapaian yang diperoleh.
Sumber: Harian Metro (Redzuan Muharam)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source