Restoran terapung hanyut 5 km, pemilik sebak ramai tolong ‘kejar’ guna sampan & bot
Restoran terapung yang dihanyutkan petang tadi telah dibawa arus sejauh 5 kilometer (km) dari lokasi asal selepas air di Sungai Kelantan naik mendadak susulan hujan lebat sejak semalam.
Memetik laporan dari Harian Metro, restoran yang terletak di Tambatan Diraja telah dihanyutkan arus selepas tali pengikatnya terputus.
Tapi pengikat terputus akibat arus deras
Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), tiada sebarang pelanggaran ataupun individu di rumah bot berkenaan dilaporkan.
“Kebetulan pejabat Unit Marin APM Kelantan terletak hanya beberapa meter sahaja dari lokasi kejadian dan anggota kami segera menghidupkan sebuah bot untuk ‘mengejar’ restoran rumah bot serta rakit terbabit bersama pemiliknya.
“Dengan dibantu penduduk kampung yang turut bersama menggunakan dua bot, restoran terapung itu berjaya diselamatkan di Kuala Besar iaitu kira-kira lima km dari lokasi asal.
Walaupun arus sungai deras tapi rumah bot itu memasuki alur yang sedikit perlahan alirannya menyebabkan kami berjaya mengejarnya,” katanya.
Ramai yang bantu ‘kejar’ restoran terapung
Dalam pada itu, pemiliknya, usahawan kosmetik, Fara Sharina meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada pihak-pihak yang datang membantu ‘mengejar’ restorannya daripada terus hanyut ke laut.
Ujarnya, ada di antara mereka menaiki sampan dan bot serta membawa anak untuk membantu mendapatkan semula rumah bot terbabit.
“Terima kasih yang mendoakan. Terima kasih yang sanggup menolong kami.
“Ada yang naik sampan, ada yang naik boat bersama anak. Ya Allah! Terima kasih. Terima kasih yang tak terhingga,” tulisnya di media sosial.
Artikel lain: Hanya mampu lihat, pemilik menangis restoran terapung hanyut dibawa arus deras
Ramai doakan agar urusan pemilik restoran terapung itu dipermudah
Perkongsian yang dibuat oleh Fara Sharina telah dihujani dengan komen-komen daripada warganet yang prihatin dengan apa yang telah menimpanya.
Kebanyakkan mereka mendoakan agar urusan usahawan terbabit dipermudah dan berharap dia terus kuat menghadapi ujian ini.
Semoga Allah gantikan yang lebih baik
Sebak lihat keadaan restoran terbabit sewaktu hanyut
Terdahulu, video restoran terapung milik usahawan berkenaan yang dihanyutkan oleh arus deras telah tular di media sosial.
Situasi mencemaskan tersebut benar-benar membuatkan ramai sebak lebih-lebih lagi apabila pemiliknya hanya mampu menangis melihat keadaan restoran dan rakit miliknya dihanyutkan memandangkan ia berlaku begitu pantas.
Sumber: Instagram farasharina, Harian Metro (Siti Rohana Idris)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source