Rezeki Kembar Tiga! Ibu Doa Nak Seorang Bayi Tapi Allah Bagi Tiga, “Habis Huru Hara Satu Rumah”
Petua mudah bersalin, makan plantah mee lor, doktor ini jelaskan risikonya. Ibu-ibu yang sedang hamil jika terbaca satu petua mudah bersalin viral yang syorkan makan plantah (iaitu makanan jenis marjerin) dan mee lor (minuman jenis malt) malah makan telur mentah 2 biji, silalah berhati-hati.
Petua Mudah Bersalin, Makan Plantah & Mee Lor
Menurut Dr Hafiz Sulaiman setiap petua itu mesti ada asas dan faham asbab petua serta risikonya. Bimbang ramai mak-mak hamil mendapat sumber maklumat yang salah, Dr Hafiz tampil dengan satu posting yang menjelaskan kebenarannya.
“Astaghfirullah, sesak nafas terbaca petua mudah bersalin viral. Saya biasanya mengelak komen benda viral atau isu semasa. Risau ada yang tersinggung.
“Kali ni saya bukan apa, tapi kesian dan rasa berdosa kalau tak tegur apa yang saya belajar.Kita sama-sama betulkan dan belajar dari kesilapan.”
Kenapa Perlu Elakkan Telur Mentah
Bahaya tu puan. Risiko pada ibu, risiko pada bayi dalam kandungan malah saraf bayi boleh terencat. Penglihatannya boleh jadi cacat!
Mengandung memberi stres kepada badan. Meningkatkan kortisol (hormon steroid). Ya, imuniti badan akan menurun. Steroid berlebihan kurangkan imuniti badan.
Telur mentah berisiko dijangkiti kuman Salmonella dan ibu berisiko keracunan makanan kerana kuman ini. Demam, muntah, sakit perut, cirit birit dan renjatan merupakan antara kesan keracunan kuman Salmonella.
Doktor Ini Jelaskan Risikonya
Mee Lor Tinggi Gula
Saya tidak tahu mengapa bersalin selalu orang syorkan makanan proses seperti mee lor (sejenis minuman malt yang ada di pasaran). Ia tinggi gula fructose proses dan juga mengandungi maltodextrin. Yang meningkatkan gula darah ke langit.
Gula fruktosa ni toksik ya jika berlebihan. Menurut pakar hormon kanak-kanak, kesan berlebihan gula fruktosa ni sama seperti kesan arak kecuali tidak mabukkan. Kesan berlebihan gula ini dikaitkan dengan saraf, merosakkan hati (hati berlemak), meningkatkan asid urik, meningkatkan lemak jahat oxLDL penyebab sakit jantung serta menyebabkan obesiti.
Tak ada bukti pun Mee lor yang diambil masa bersalin cepatkan kelahiran. Buat masa ini, ia layak dikelaskan sebagai MITOS.
Plantah?
Lemak durjana yang mula diharamkan di US bermula tahun 2015 dan berkuatkuasa sepenuhnya pada tahun 2018 terkandung pada bahan masakan kegemaran ramai ini.
Apa bahaya lemak trans ini?
Rujukan : Weston A. Price Foundation
1) Risiko penyakit jantung. Denmark menyaksikan penurunan kes sakit jantung lebih 50% hanya dengan menurunkan kadar lemak trans daripada 6 gram kepada 1 gram
2) Risiko kanser
3) Risiko kencing manis
4) Gangguan imuniti
5) Gangguan kesuburan dan organ pembiakan.
6) Jika menyusu, lemak trans boleh mencemari susu dan menggangu perkembangan saraf serta merencatkan penglihatan.
7) Trans fat mengurangkan berat badan fetus dan merencatkan perkembangan otak dan saraf kandungan.
Ambil maklum ya ibu-ibu kajian penting oleh Berghaus et al. 1998, 2001: Paras darah kandungan trans fat bayi sama dengan paras trans fat ibu. Apa maknanya?
Trans fat MERENTASI uri ibu dan menjadi “makanan” bayi maksud saya RACUN pada kandungan.
Betul Ke Berkesan Petua Tu?
Saya hanya boleh speculate mengikut pemahaman sains saya.
Gula tinggi Mee Lorr, trans fat Plantah dan telur mentah tinggi histamin mungkin meningkatkan keradangan..
Malah menurut pakar nutrisi Dr Loren Cordein. PhD, sejenis enzim, lysozyme yang terkandung dalam telur mentah menyebabkan sindrom “leaky gut” dan mungkin menyebabkan keradangan bagi mereka yang alah.
Keradangan mungkin meningkatkan aktiviti kontraksi rahim. Tapi berbaloi kah gerakkan rahim dengan mengambil makanan menakutkan seperti lemak trans itu?
Mengapa tak pilih alternatif yang lebih selamat? Jika low risk pregnancy, boleh cuba alternatif lebih selamat. Saya kongsi dalam post saya yang seterusnya insha Allah.
Dalami lah ilmu pemakanan untuk bersalin. Supaya kita tak terikut-ikut tanpa tahu sebab dan risiko kepada kesihatan kandungan dan kesihatan ibu mengandung sendiri. Kalau ada petua pelik nanti viral sebab taktik marketing pun, siapa tahu?
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Saya harap mana yang dah buat tak tersinggung. Kita belajar daripada kesilapan
Sumber/Foto : Dr Hafiz Sulaiman Pinterest.com
Baca artikel lain juga: Dah Cukup Hari Tapi Baby Masih Sedap Duduk Dalam Perut Mama? Cuba Buat Petua Mudah Bersalin Ni
Ibu Ini Amalkan Petua Neneknya, Pakai Kain Atau Seluar Atas Perut Untuk Mudah Bersalin
14 Petua Ini Mudahkan Proses Bersalin. Ramai Dah Lakukan Petua Nombor 12 Sebab Memang Berkesan!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source