Setiap Minggu Tengok Klip Animasi Kelas Tahanan Cikgu Hiragi. Rupanya Ini Penciptanya!
Fenomena yang dicipta oleh drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi sememangnya cukup kuat.
Buktinya, kehadiran pelakon dan produksi drama bersiri tersebut dalam acara meet and greet yang berlangsung di Astro Experience Store yang terletak di IOI City Mall, Putrajaya baru-baru ini telahpun disambut oleh hampir lima ribu peminat.
Biarpun hanya dapat beramah mesra selama beberapa jam sahaja, ia cukup berbaloi bagi mereka yang hadir dari seluruh pelusuk negara.
Tambah manis lagi apabila setiap yang hadir menerima cenderahati berupa lakaran animasi karakter dalam drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi dalam bentuk sekeping kad untuk dibawa pulang. Sekali imbas, ia seperti lakaran yang biasa kita lihat dalam klip animasi yang dimuat naik di platform media sosial REMAJA pada setiap minggu.
Nah! Rupa-rupanya betul! Kesemua lakaran animasi tersebut merupakan hasil ciptaan serta olahan oleh sekumpulan anak muda kreatif yang menggelar diri mereka sebagai Artis Berbudaya.
Ketika ditemui oleh REMAJA di acara tersebut, dua orang ahlinya yang dikenali sebagai Haikal, Amin dan Hairul memperkenalkan diri mereka sebagai animator, illustrator dan pereka grafik yang menggalas tugas mentransformasikan drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi ke dalam bentuk animasi.
Segalanya bermula apabila Hairul muncul dengan idea untuk menjual barangan jenis merchandise menggunakan kepakaran animasi komik, manga dan manhwa yang mereka ada sebagai satu bentuk perniagaan.
Hanya dalam tempoh tiga tahun sahaja, Artis Berbudaya berjaya membina nama mereka dalam bidang lakaran animasi.
Kongsi Amin yang juga dikenali sebagai Aminimint, dia baru berkecimpung dalam aliran animasi selama empat tahun. Pada asalnya, Amin memulakan minat itu dengan mendalaminya secara self-taught di rumah. Skilnya itu terus diasah setelah mengambil jurusan berkaitan di peringkat universiti.
Manakala, Haikal yang sudahpun berkecimpung selama enam tahun pula kini sedang menyambung pengajiannya dalam jurusan sarjana (Masters) multimedia atas dasar minat serta kebolehan yang ada. Haa, siapa kata dak-dak animasi ini kecil skopnya?
Peluang Keemasan
Siapa sangka, bakat yang dimiliki Artis Berbudaya berjaya menarik tumpuan pihak Astro Malaysia sehingga terjalinnya kerjasama menerusi drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi.
“Alhamdulillah, memang rezeki kami apabila mereka approached. Kami telah hasilkan poskad, standee, pelekat dan sebagainya. Hari ini pun, kami berada di sini dengan booth sendiri atas jemputan Astro. Sebagai first timer, tentulah kami amat berbangga dan bersyukur dengan peluang keemasan ini,” kongsi Haikal.
“Sebaik sahaja kami terima job ini, keesokan harinya saya terus menonton drama versi original, Mr Hiiragi’s Homeroom untuk mendapat feel cerita tersebut serta karakternya. Untuk versi Malaysia ini, saya cuba kaji vibe cerita ini dan masukkan juga sedikit unsur-unsur ‘Malaysia’ ke dalam animasi yang dihasilkan,” kata Amin pula.
Tambah dua orang wakil Artis Berbudaya itu lagi, respon yang diterima oleh mereka menerusi kerjasama ini juga amat positif baik daripada penonton mahupun pelakon Kelas Tahanan Cikgu Hiragi sendiri. Nadhir Nasar sendiri berpuas hati dengan karakternya dalam bentuk animasi dan berterima kasih atas penghasilan merchandise serta comic strip yang dihasilkan.
Untuk menonton temubual penuh bersama Haikal dan Amin daripada Artis Berbudaya, klik pautan di bawah!
Kelas Tahanan Cikgu Hiragi bersiaran pada setiap hari Rabu dan Khamis menerusi slot Dramavaganza sejak 25 September lalu, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104). Korang juga boleh menontonnya menerusi On Demand, Astro GO dan di platform sooka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Download seeNI sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source