Abang Viva & Aliff Syukri Sampaikan Bantuan Kepada Mangsa Banjir Di Terengganu
Biarpun baru mencapai populariti global disebabkan kejayaan musim pertama drama bersiri Netflix ‘Wednesday’, pelakon remaja Jenna Ortega tidak gentar menggunakan platform media sosialnya untuk bercakap tentang isu global yang lebih serius seperti nasib rakyat di Palestin.
Jenna, 20 dilihat mula aktif meluahkan sokongannya terhadap hak rakyat di Palestin, Yaman, Syria, Ukraine, Iraq dan Kashmir (sempadan negara Palestin – India) menerusi platform Twitter sejak tahun 2022 lagi.
Dia yang terkenal dengan watak Wednesday Addams dalam siri drama remaja popular itu berharap agar masyarakat dunia tidak mudah putus asa memperjuangkan nasib rakyat di negara-negara bergolak itu.
Malah, Jenna juga bertanyakan kepada pengikutnya jika ada yang mengetahui cara atau sumber bagi membantu mereka yang memerlukan di sana.
We must never give up on the people of Ukraine, Yemen, Palestine, Kashmir, Iraq, Syria… the list goes on unfortunately. For anyone who is willing & wanting to contribute any way they can, I want to form a thread with information. Does anyone have resources/links they could add?
— Jenna Ortega (@jennaortega) March 6, 2022
“Saya tidak merasakan orang sedar betapa ramainya manysia yang sedang terseksa di Gaza. Ia amatlah mendukacitakan untuk melihat sesiapa terpaksa hidup seperti ini,” sebelum menambah, “terlalu ramai yang bergelut agar mereka yang berkuasa boleh tidur pada waktu malam,” kata Jenna.
Dia turut secara terus terang menghantarkan ciapan berbunyi, “Bebaskan Palestin.”
Decolonize Palestine. https://t.co/MlI5Gpr2QN
— Jenna Ortega (@jennaortega) March 6, 2022
Media Israel Melenting
Tindakan berani Jenna ini amat jarang dilakukan oleh selebriti Barat kerana mereka sedar ia pasti akan mendatangkan impak negatif terhadap periuk nasi masing-masing.
Seperti dijangka, media di Israel dapat menghidu sokongan Janna terhadap Palestin.
Times of Israel sebagai contoh pantas membandingkan sokongan tersebut dengan tindakan rapper Amerika Syarikat, Kanye West yang pernah memuji Adolf Hitler, satu masa dahulu.
Penulis laporan tersebut, Daniel Margolis juga melabel Jenna sebagai ‘poster child’ bagi kumpulan Hamas di Palestin.
Laporan Times of Israel itu bagaimanapun telah dikecam oleh majoriti warganet yang mempersoalkan signifikan perbandingan tidak masuk akan tersebut.
Kanye: “I like Hitler”
Jenna Ortega: “Palestinians deserve to live”The Times of Israel: pic.twitter.com/CQDVPPST4Y
— Amir (@AmirAminiMD) January 2, 2023
Bagi mereka, seseorang seperti Jenna yang bersifat pro-Palestin dan inginkan keamanan serta keselesaan bagi masyarakat di Palestin tidak wajar disamakan dengan kempen anti-sematik mahupun anti-Israel.
Mungkin disebabkan oleh populariti yang baru dicapai oleh Jenna, segelintir media antarabangsa mudah ‘koyak’ dan tidak senang duduk dengan keberaniaan remaja itu dalam membicarakan isu antarabangsa.
Apa yang pasti, Jenna merupakan seorang remaja yang lebih matang daripada usianya.
Dalam pada itu, Netflix kelmarin telah mengesahkan drama bersiri Wednesday akan disambung untuk musim kedua setelah ia menerima sokongan hebat daripada penonton antarabangsa.
“Terima kasih kepada semua yang telah merealisasikan musim seterusnya ini. Ini semua susah untuk dipercayai,” ciapnya.
Thanks to everyone who made this upcoming season possible. This has all been pretty surreal https://t.co/cIeJLr9qwh
— Jenna Ortega (@jennaortega) January 6, 2023
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Download seeNI sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source