Zahnita Terima Tempahan 3,000 Pai, Bisnes Pai ‘Home Made’ Makin Dapat Perhatian!
Kes buli yang melibatkan pelajar sekolah terutamanya sekolah berasrama bukan cerita baru. Ia sentiasa berlaku tidak mengira zaman.
ARTIKEL BERKAITAN : Lagi Kes Buli Di Sekolah Menengah, 13 Pelajar Tingkatan 4 Ditahan
Jika dilihat video kejadian buli yang dimuat naik di laman Facebook mahupun YouTube, ramai yang merah telinga dan panas hati kerana geram.
Buli berlaku apabila seseorang cuba melakukan sesuatu dengan niat untuk membahayakan atau menakut-nakutkan orang yang lain yang dianggap lemah.
Seperti dua hari lalu, kecoh di laman sosial dengan kes buli yang terjadi di sebuah sekolah di Pahang.
Perkara itu didedahkan seorang wanita yang mendakwa anak perempuannya dibuli apabila pakaian seragamnya diconteng dan rambutnya digunting semasa tidur. Wanita tersebut mendakwa kejadian berkenaan sudah lama terjadi kepada anaknya sejak Jun lalu, namun apabila membuat laporan kepada warden asrama dan pihak sekolah, tiada tindakan selanjutnya diambil.
Mengambil berat tentang isu ini, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini menjalankan ‘spotcheck’ atau pemeriksaan mengejut di sekolah-sekolah berasrama di negeri berkenaan.
Menurut Exco Pendidikan dan Teknologi negeri, Datuk Rais Yasin, kes buli semakin diperkatakan oleh masyarakat sejak akhir-akhir ini meskipun pelbagai usaha dilakukan.
“Kerjasama daripada mangsa buli dan ibu bapa juga diperlukan bagi membolehkan tindakan awal diambil dan siasatan dapat dilakukan.
“Alhamdulillah setakat ini makluman kepada saya, JPN sentiasa memantau dan menitikberatkan aspek keselamatan pelajar,” katanya.
Sambung beliau, sepanjang dilantik menjadi Exco hanya terdapat satu sahaja kes buli dikesan dan berjaya diatasi dalam tempoh masa yang singkat.
Rais berharap agar pihak JPN Melaka agar sentiasa memantau keadaan pelajar di asrama dari semasa ke semasa.
Pada pendapat korang, berkesan tak cara ini? Apa-apapun, isu buli ini memang perlu dipandang serius kerana ianya boleh meninggalkan kesan trauma buat mangsa, malah ada yang turut terkorban gara-gara sikap negatif yang ada pada segelintir pelajar.
BACA : Netizen akan bantu uruskan, ahli politik seru sebar video buli agar pelaku dibawa ke muka keadilan
Sumber : 1
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Download seeNI sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source