Jom Cuba! Resipi Cinnamon Rolls & Belgian Waffles Sedap
Bila terfikir-fikir nak makan menu apa yang boleh mengenyangkan, selain daripada nasi. Kalau korang nak tahu, bolehlah cuba menu roti.
Resipi Korean Chicken Steamed Buns daripada saudari Keroroyz Royz ni, mudah saja nak buat.
Resipi ini boleh hasilkan hidangan untuk empat orang. Oh ya, untuk adunan roti bun, boleh dapat sampai 14 biji tau.
KOREAN CHICKEN STEAMED BUNS
BAHAN STEAMED BAO BUNS
2 ½ cawan tepung pau (tepung pau akan jadikan pau putih & lembut)
1 cup air suam (saya guna 1 cup, doh jadi elok je)
2 sudu besar gula – beli online DI SINI
1 ½ sudu besar shortening
1 sudu teh yis segera – beli online DI SINI
1/2 sudu teh baking powder (BP) – beli online DI SINI
1/2 sudu teh bread improver (BI) – beli online DI SINI
1/2 sudu teh bread softener (BS) – optional – beli online DI SINI
1/2 sudu teh garam – beli online DI SINI
TONTON Dapur Rasa Live: Mangolian Beef
TONTON Minit Ekspress: Sambal Telur Pecah
CARA-CARA:
MANUAL (ULI TANGAN)
1. Satukan yis bersama 1 tsp gula dan 1/2 cup air suam. Biarkan 5-6 minit hingga yis berbuih dan nampak creamy.
2. Di dalam mangkuk yang sesuai, satukan tepung, baki gula, garam, BP, BI, BS gaul sebati dan masukkan bancuhan yis. Kacau rata sambil masukkan baki 1/2 cup air sedikit demi sedikit (air tak semestinya habis jika doh dah nampak lembut).
3. Gaulkan shortening dan uli doh hingga lembut serta tidak melekat di tangan. Tutup doh dengan kain lembap. Rehatkan doh hingga naik sekali ganda dalam 30-40min (sambung terus step no 4 di bwh )
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
BREAD MAKER
1. Setting 11 (knead) masa selama 17 minit.
2. Masukkan bahan cecair : 1 cup air suam, shortening, gula, garam diikuti bahan kering : tepung, BS, BP, BI dan YIS.
3. Tekan butang start hingga selesai 17minit. Rehatkan doh hingga naik sekali ganda dalam 30-40 minit.
4. Bahagi doh sebanyak 14 ketul atau timbang seberat 45g tiap satu. Canai doh memanjang 12 x 8cm.
5.Sapukan minyak masak di permukaan sebelah sahaja. Lipat dua di bahagian yang disapu minyak masak. Alas dengan baking paper. Buat hingga habis dan rehatkan lagi selama 30-40 minit hingga naik sekali ganda.
6. Panaskan pengukus dan kukus pau selama 8-10min. Sejukkan di atas redai.
*Dapatkan bread maker secara online DI SINI
TIPS PAU CANTIK
1. Panaskan pengukus hingga air betul-betul mendidih. Api dapur sederhana atau kuat. Balut penutup pengukus dengan kain kapas/muslin supaya air wap tak menitik ke atas pau.
2. Kukus pau selama 8-10 minit sahaja, sekadar untuk mematikan yis.
3. Angkat pengukus bersama penutupnya sekali dan letakkan ke atas alas periuk berjaring.
4. Tunggu hingga wap/asap hilang baru buka penutup dan pindahkan pau. Kalau buka penutup serta-merta selepas angkat, pau akan kecut. Jangan kecilkan api masa ni.
5. Kebanyakan pau tak jadi semasa proses mengukus ye, jadi cara kawal api memang penting.
*atau guna saja resipi pau yang biasa korang guna, cuma lepas rounding bentukkan macam langkah no.4.
BAHAN INTI:
400g dada ayam | dipotong kecil
1 sudu kecil serbuk cili – beli online DI SINI
1 cawan tepung bestari pedas – beli online DI SINI
Minyak untuk menggoreng – beli online DI SINI
*Perap ayam dengan serbuk cili sekurang-kurangnya ½ jam. Gaul dengan tepung bestari nipis-nipis sahaja. Panaskan minyak goreng hingga masak.
Tak tahu nak makan untuk hidangan petang? Jom tengok: Menu Minum Petang Yang Paling Sesuai Time PKP
SOS ALA KOREA
2 sudu makan mentega – beli online DI SINI
2 ulas bawang putih | dicincang – beli online DI SINI
3 sudu makan cuka epal
3 sudu makan pes gochujang / sos Korean adabi – beli online DI SINI
1 sudu kecil chili flakes (optional)
Garam – beli online DI SINI
Gula secukup rasa – beli online DI SINI
1/2 – 1 cawan air
Bijan sangai secukupnya – beli online DI SINI
CARA-CARA:
1. Panaskan mentega dengan api kecil. Kemudian, tumis bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan cuka epal, pes gochujang / sos Korean adabi, chili flakes dan kacau sebati. Tambah air dalam setengah cawan. Sos sepatutnya pekat. Perasakan dengan gula dan garam.
3. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul rata. Tutup api dan taburkan bijan sangai. Hidangkan bersama bahan pelengkap.
BAHAN PELENGKAP
14 biji steamed bun (bao)
Lobak merah | dihiris halus – beli online DI SINI
Daun ketumbar | ambil daun sahaja
Bawang besar | dihiris – beli online DI SINI
Bijan sangai
Kredit resipi: Keroroyz Royz
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Peminat Ayam Goreng Pedas Korea? Ada Caranya Nak Kekalkan Tekstur Crispy
Cantik Betul Karipap Jelita Ni. Jom Ikut Step-By-Step Cara Buatnya
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source