Dah mengaku, netizen tetap yakin PU Azman tak bersalah -“Dia terpaksa tu..”
Walaupun sudah mengaku, netizen tetap yakin pendakwa selebriti, PU Azman tidak bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun, dua tahun lalu.
Menerusi tangkapan layar yang dikongsikan semula pengguna X dikenali Unabonana23, netizen di TikTok yakin PU Azman tidak bersalah, meskipun figura itu sendiri membuat pengakuan di hadapan Majistret Amirul Asyraf Abd Rasid selepas representasi dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara diterima bagi menukar pengakuan sebelum ini yang mengaku tidak bersalah.
Artikel lain: “Jatuh hukum tak semestinya bersalah” -Ada netizen tak terima PU Azman dipenjara
Netizen tetap yakin
Pelbagai komen seakan tidak percaya bahawa jenayah tersebut dilakukan oleh individu yang sering bercakap tentang agama apabila menganggap pengakuan dibuat belum tentu benar dan ia berkemungkinan dilakukan secara terpaksa.
“Mengaku? Saya tetap tidak percaya.
“Dia (PU Azman) kena paksa mengaku ni untuk settle kes cepat,”tulis beberapa netizen.
Perkara tersebut telah disokong oleh netizen lain selain mendoakan agar urusan PU Azman dipermudah dan diberi kekuatan kesihatan.
Semalam, media melaporkan pendakwah selebriti PU Azman atau nama sebenar Azman Syah Alias dihukum penjara 14 bulan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan dikemukakan.
Azman Syah didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki berusia 18 tahun di sebuah rumah di Jalan Sungai Bertek di sini pada 9.15 malam, 10 Jun 2022.
Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun sekiranya disabitkan kesalahan.
Sumber: TikTok ohbulanofficial, X Unabonana23
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source