Anak kongsi video ‘deep talk’ terakhir, luahan reda bapa buat ramai sebak
Seorang anak kongsi video ‘deep talk’ terakhir dengan bapanya apabila bertanya tentang keadaan warga emas itu yang sedang diuji dengan penyakit.
Dalam perkongsian yang dibuat oleh milaahmad_, dia telah memuat naik momen perbualan bersama bapa sebulan sebelum pemergian insan tersayang itu.
Anak kongsi video perbualan sebulan sebelum bapa ‘pergi’
Menerusi video berkenaan, pengguna TikTok itu bertanyakan tentang apa yang dirasai bapa yang sedang berjuang melawan penyakit yang dihidapi.
Paling menyentuh perasaan sudah tentu soalan yang ditanya milaahmad_ kepada bapanya tentang pengajaran paling bermakna dalam kehidupan sebagai seorang ketua keluarga.
Anak kongsi video luahan bapa tentang anak2
Ujar bapa tersayang, dia berasa sangat bersyukur kerana mempunyai anak-anak yang bagus dan tidak pernah menghampakan terutama dalam pelajaran.
Dia tidak pernah mengeluh tentang kewangan jika anak-anak mahu belajar kerana menganggap apa yang diraih mereka adalah kejayaan sebenar buat dirinya sebagai bapa.
“Dapat anak-anak bagus dan tak menghampakanlah.
“Anak-anak nak belajar, anak kalau nak belajar kan, fikir, anak aku (ayah) nak belajar, biarlah. Tu keikhlasan ayah, korang dikira sudah berjaya”
“Ayah takdelah kata tiada duit, duit ada je ha ha,”
“Walau duit tu bukan kata tak ada, tapi belum dapat lagi, tapi ada je. Mungkin sebab tu anak-anak balas,” ujarnya dalam keadaan sebak.
Artikel lain: Tiada kedai buka, bapa nekad redah banjir balik rumah ambil susu & lampin anak
Anak kongsi video perbualan berdurasi 3 minit lebih
Perkongsian tersebut telah membuatkan ramai sebak dan mengakui bukan senang untuk mempunyai momen perbualan bersama orang tua dan mengungkap apa yang dirasai sepanjang kehidupan.
Ada juga yang kongsi kisah masing-masing yang hampir sama dan mengakui ia adalah perkara yang sangat bermakna lebih-lebih lagi sewaktu ibu atau bapa sedang berada di fasa kurang sihat.
Ucapan ‘terima kasih ayah’ bukan senang nak ungkap
Ramai kongsi kisah tentang orang tua masing2
Sebaknya rasa dengar perbualan anak dan bapa
Difahamkan, ayah kepada pengguna TikTok itu telah meninggal dunia pada Oktober lalu dan dia juga turut memuat naik momen-momen terakhir sebelum pemergiannya.
Semoga keluarga milaahmad_ dapat menghadapi ujian ini dengan tabah dan semoga roh allahyarham bapanya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Sumber: TikTok milaahmad_
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source