Tak mahu menunjuk, Ruhainies sertai kelas agama secara online
Aktres sensasi, Ruhainies sertai kelas agama secara atas talin demi menjaga privasi disamping turut meneruskan amalan berselawat yang sebelum ini hanya dilakukan sebagai cabaran.
Memetik laporan Harian Metro, Ruhainies atau nama penuh Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkata dia lebih senang menyertai kelas agama atas talian.
Ruhainies sertai kelas agama secara online
Foto: Harian Metro
Menurut aktres itu, bukannya tidak mahu menyertai majlis ilmu secara fizikal, namun aktres itu mementingkan privasi disamping tidak mahu menunjuk-nunjuk.
“Saya juga ada sertai kelas agama tetapi secara atas talian. Bukan tak nak sertai majlis ilmu sebab ada juga kawan pelawa tetapi saya tidak mahu kerana lebih selesa menjaga privasi.
“Kalau boleh tak nak ada kamera (tak mahu menunjuk). Biarlah urusan mengejar ilmu akhirat itu antara saya dan Allah saja,” katanya.
Dalam pada itu, aktres berusia 32 tahun itu turut berkata dia tidak mengambil pusing atas pandangan orang luar sekiranya ada yang melabel dirinya sebagai penunggang agama susulan berkongsi amalan selawat di media sosial.
Pada masa yang sama, Ruhainies meluahkan rasa syukur kerana ramai individu yang mahu menyertai misi yang dia mulakan iaitu berselawat selama 40 hari.
“Kalau nak berprasangka buruk biarkan saja, saya cuma mahu kongsi amalan baik dan alhamdulillah saya dapat banyak DM (mesej langsung) yang mahu sertai misi berselawat ini bersama-sama dan ada juga baru nak mula,” ujarnya.
Tak mahu menunjuk, Ruhainies sertai kelas agama secara online
Sementara itu, Ruhainies akui dia masih melakukan misi tersebut walaupun tempoh 40 hari buat dirinya sudah tamat kerana aktres itu mahu mencari ketenangan.
“Saya percaya apabila kita jadikan berselawat sebagai rutin, rasa hari tak lengkap kalau tertinggal dan saya teruskan saja sampai sekarang sebab ibu pun sarankan saya buat kerana bukan sekadar dapat pahala malah mampu memberikan ketenangan.
“Sebagai manusia biasa kita tidak lari daripada memikirkan perkara yang kurang elok tetapi dengan berselawat saya dapat lencongkan hal negatif itu,” luahnya.
Artikel lain: Tiada paksaan, Ruhainies terharu ramai pengikut sertai misi selawat 40 hari
Tambahnya, demi memastikan dirinya sentiasa konsisten dalam melakukan amalan itu, aktres itu akan membawa alat zikir digital ke mana-mana sekaligus menjadi teman akrabnya sekarang.
“Alhamdulillah banyak benda positif yang hadir dalam hidup saya sekarang, kawan baharu, rezeki berterusan dan sebagainya.
“Nikmat yang Allah kurniakan ini tentu saja saya syukuri kerana membuatkan saya terus beringat dalam meneruskan langkah ini,” katanya.
Demi jaga privasi, Ruhainies sertai kelas agama
Terdahulu, Ruhainies menjadi antara selebriti yang menjadi bualan ramai susulan kontroversinya bersama pelakon dan penyanyi Aliff Aziz sekitar Mac lalu.
Berikutan insiden itu, Ruhainies terus berdepan kecaman terutama setiap kali memuat naik hantaran di media sosial termasuk amalan 1,000 selawat selama 40 hari yang dilakukan kini.
Sumber: Harian Metro (Najiy Jefri)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source