MARA fail bankrap terhadap Che Ta & anak lelaki, gagal bayar hutang hampir RM1 juta
Bahagian undang-undang Majlis Amanah Rakyat (MARA) fail bankrap terhadap Che Ta atau Rozita Che Wan, 51, dan anak sulungnya, Ammar Effendy, 28.
Langkah itu adalah prosedur susulan kegagalan aktres jelita itu membayar pinjaman hampir RM1 juta sejak 2017 sehingga kini walaupun pelbagai usaha diambil MARA bagi mendapatkan semula wang berkenaan.
Menurut laporan BH Online, Che Ta dikatakan membuat pinjaman MARA berjumlah RM960,000 menerusi syarikat miliknya, RCW Worldwide Sdn Bhd dan anak lelakinya sebagai penjamin.
MARA fail bankrap terhadap Che Ta & anak lelaki
Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tindakan kebankrapan kali ini hanya akan dihentikan sekiranya aktres itu membuat pembayaran penuh.
Ia susulan MARA tidak lagi memberi pelanjutan tempoh pembayaran hutang terbabit selepas mahkamah membuat keputusan muktamat mengenainya.
Tambah beliau, tindakan itu adalah proses sama diambil MARA terhadap mana-mana peminjam yang enggan atau gagal melunaskan hutang mereka seperti mana terkandung dalam perjanjian ditandatangani selepas pelbagai pemudah cara pembayaran diberikan.
“Saya sudah mengarahkan bahagian undang-undang MARA mengambil tindakan muflis terhadap pelakon itu kerana kita sudah memberi tempoh secukupnya untuk beliau melunaskan hutang pinjaman hampir RM1 juta yang dibuatnya sejak tujuh tahun lalu.
“Tiada siapa boleh menghalang tindakan MARA ini kerana ia perintah mahkamah. Sebenarnya, kita tidak sewenang-wenangnya mengambil tindakan terhadap peminjam yang culas atau memilih bulu dalam tindakan dilakukan.
“Ini kerana MARA terikat dengan prosedur dan proses yang ketat menurut lunas undang-undang, malah sebelum sebarang tindakan perundangan dilakukan, nilai ‘ihsan’ juga diutamakan dengan memberi ruang kepada peminjam yang bermasalah untuk datang ke MARA berunding mengenai penjadualan dan penstrukturan hutang mereka,” katanya.
Jelas beliau, tindakan perundangan adalah jalan terakhir diambil pihaknya jika semua usaha dilakukan MARA untuk pembayaran semula pinjaman tidak diendahkan peminjam.
Ini dibuat bagi memastikan setiap sen wang rakyat dapat dikutip semula untuk manfaat orang lain pula pada masa akan datang.
“Bagaimanapun, bagi kes pelakon ini, saya difahamkan dia tidak memberi kerjasama sepatutnya, malah kes berlarutan lama kerana banyak kali mahkamah ditangguhkan kerana dia membuat pertukaran peguam,” katanya lagi.
Sementara itu, diminta mengulas mengenai serbuan di rumah Rozita di Kota Damansara, Petaling Jaya, beliau berkata, ia susulan alamat yang tertera pada perjanjian ditandatangani dengan MARA membabitkan rumah berkenaan.
Dr Asyraf turut menyatakan nilai sebenar barangan yang disita dari rumah pelakon itu jauh lebih rendah daripada hutang sebenar yang perlu dibayar semula kepada MARA.
Artikel lain: Tak bayar pinjaman Mara sedangkan mampu & bermewahan -Asyraf Wajdi
Difahamkan, pinjaman berjumlah RM960,000 itu dibuat di MARA Selangor, selain simpanan tetap RM80,000 dijadikan cagaran. Bagaimanapun, katanya, simpanan tetap itu sudah dicairkan MARA sebelum ini.
Dedah beliau, pelakon itu juga pernah beberapa kali memohon untuk mengurangkan bayaran pinjaman dan membuat penjadualan semula sebelum kembali senyap.
“Penghakiman terhadap Rozita dan anaknya dibuat mahkamah pada Mei tahun lalu.
“Peguam Rozita juga ada menghubungi MARA tetapi arahan yang diterima ialah pelakon terbabit perlu melunaskan hutang itu sepenuhnya,” katanya.
Sumber berkata, antara barangan yang disita di rumah Rozita pada Selasa lalu termasuk sebuah kereta, perabot, kasut dan peralatan rumah. Mereka kini hanya menunggu tarikh daripada mahkamah untuk melakukan lelongan barangan berkenaan yang akan ditentukan kemudian.
Sumber: BH Online (Sariha Mohd Ali)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source