Cedera buku lali, peminat tak puas hati Lee Zii Jia terpaksa lupakan Jelajah Dunia Akhir
Peminat tak puas hati apabila pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia terpaksa menarik diri dan melupakan Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 kerana mengalami kecederaan buku lali kanan semasa aksi terakhir Kumpulan A, sebentar tadi.
Pada aksi yang berlangsung di Pusat Gimnasium Olimpik Hangzhou, anak jati Alor Setar, Kedah itu mengalami kecederaan ketika mendahului set kedua menentang wakil China, Li Shi Feng.
Pemain berusia 26 tahun itu gagal meneruskan permainan dan diusung keluar dari gelanggang dengan menggunakan kerusi roda.
Menurut peraturan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), penarikan diri Zii Jia dari kejohanan itu memberi makna kesemua keputusan termasuk dua kemenangannya sebelum ini dibatalkan.
Tempat Zii Jia kini bakal direbut oleh perlawanan di antara pemain Denmark, Anders Antonsen menentang wakil Taiwan, Chou Tien Chow bagi penentuan ke separuh akhir.
Peminat tak puas hati
Meninjau di media sosial, rata-rata warganet meluahkan rasa tidak puas hati, lebih-lebih lagi dengan peraturan yang diperkenalkan sepanjang perlawanan tersebut.
Artikel lain: Tahniah! Malaysia cipta sejarah, juara Piala Dunia 2024 FIFAe
Diharapkan kecederaan yang dialami Lee Zii Jia tidak terlalu serius kerana tirai 2025 kejohanan BWF bakal bermula seawal 7 Januari dengan penganjuran Terbuka Malaysia di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source