Cakar dan gigit penjenayah, wanita selamat daripada dirog*l di tandas awam
Seorang wanita menghadapi detik cemas apabila hampir menjadi mangsa rogol ketika mahu menggunakan tandas awam di Laman Kampung Melayu, di sini petang semalam.
Bagaimanapun, wanita yang berusia 24 tahun itu terselamat daripada dirogol selepas bertindak menggigit tangan serta mencakar wajah penjenayah.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Nor berkata, kejadian itu berlaku jam 5.20 petang dimana suspek yang merupakan seorang penganggur berusia 34 tahun bersembunyi dalam sebuah tandas yang pintunya tertutup.
Cakar dan gigit penjenayah
Artikel lain: Tukang sapu jual dan sebar konten swinger isteri didenda RM80,000
“Semasa mangsa mahu masuk ke tandas, suspek keluar daripada persembunyian dan mengunci pintu tandas berkenaan.
“Mangsa cuba dirogol sebelum menggigit tangan dan mencakar muka suspek. Mangsa kemudiannya dapat melarikan diri,” katanya pada kenyataan.
Menurutnya, polis tiba di lokasi tidak lama kemudian dengan suspek sudah ditahan orang ramai.
Mahrin Mod Nor turut memberitahu ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah namun, dia memiliki ebam rekod jenayah dan tiga dadah.
Cakar dan gigit penjenayah
“Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat hari ini, di Mahkamah Majistret Kluang,” ujarnya.
Terdahulu, tular di media sosial berkaitan kejadian yang memaparkan orang ramai menahan lelaki terbabit sebelum ketibaan polis.
Sumber: Harian Metro (Mohamad Fahd Rahmat)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source