Hati & Fikiran Sering Gelisah Bercelaru, Cara Atasi Menurut Islam
Dalam kehidupan yang penuh dengan cabaran dan tekanan, perasaan gelisah seringkali menghantui banyak individu. Tak salah ada perasaan ini, tetapi ia harus dikawal dan di atasi segera. Takut-takut akan melarat dan kita jadi putus asa saterusnya menggugat keimanan.
Islam mempunyai cara yang cukup indah dan mudah untuk kita atasi perasaan bercelaru ini. Ingatlah bahawa, hati dan fikiran kita dipegang oleh Allah.
Justeru itu, kita berbalik lah kepada-NYA untuk meminta pertolongan sebagaimana berikut:
1.Banyakkan Bersabar
Saat hati resah, kita ambil pendekatan bersabar dan bersabar. Benar, kesabaran itu ada hadnya, namun percaya;ah akan hakikat, sabar itu indah. Kita sedang diuji Allah. Dengan bersabar, hati dan fikiran kita boleh kembali tenang dan mencari jalan penyelesaian.
Allah berfirman,
وَالصَّابِرِينَ فِي الْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ وَحِينَ الْبَأْسِ ۗ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ صَدَقُوا ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ
“Dan, orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan, mereka itulah orang-orang yang benar (imannya), dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa”. [Al-Baqarah : 177]
2. Dirikanlah solat
Saat dilanda gelisah, segeralah dirikan solat-solat sunat juga. Minta lah bantuanNya dalam doa kita. Itu sahaja cara terbaik yang kita boleh lakukan.
اسْتَعِينُواْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ
“Minta tolonglah kalian dengan sabar dan shalat” (QS.Al-Baqarah: 153)
3. Mohon pertolongan dengan doa
Doa adalah senjata orang mukmin. Gunakan senjata itu sehabis baik. Allah SWT pasti mendengar permohonan hambaNya menerusi doa.
Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda,
أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ
“Keadaan paling dekat seorang hamba dari Rabbnya adalah ketika dia sujud. Maka perbanyaklah doa (saat sujud)” (HR. Muslim).
4. Sangka baik (husnuzon) pada Allah
Hati kena bersih dan bersangka baik dengan setiap ujian kiriman Allah. Husnuzon mampu mengalihkan kegelisahan kepada fikiran positif. Pada saat ini, kita akan ingat kembali bahawa setiap keputusan yang diberikan Allah adalah yang terbaik untuk kita.
Mungkin kita menginginkan sesuatu, tetapi hakikatnya, ia bakal memberikan keburukan kepada kita, maka Allah menjauhkan kita dari keinginan tersebut.
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya dari Watsilah bin Asqa’ r.a bahawa Nabi SAW bersabda,
قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ : أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي ؛ فَلْيَظُنَّ بِي مَا شَاءَ
Allah Azza wa Jalla berfirman, “Aku tergantung persangkaan hambaKu kepadaKu. Silahkan dia bersangka kepadaku dengan apa yang dia inginkan.”
5. Berwuduk
Bersegeralah ambil wuduk apabila hati dan fikiran berkecamuk dan marah. Wuduk akan membantu menenangkan hati dan pikiran yang gelisah.
Dari Athiyyah as-Sa’di r.aberkata, Rasulullah bersabda:
عَنْ جَدِّي عَطِيَّةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الْغَضَبَ مِنْ الشَّيْطَانِ وَإِنَّ الشَّيْطَانَ خُلِقَ مِنْ النَّارِ وَإِنَّمَا تُطْفَأُ النَّارُ بِالْمَاءِ فَإِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَتَوَضَّأْ
Sesungguhnya amarah itu dari syaitan dan syaitan diciptakan dari api. Api akan padam dengan air. Apabila salah seorang dari kalian marah, hendaknya berwuduk. (Syaikh Bin Baz menilai hadis ini sanadnya jayyid)
6. Zikir
Kerap berzikir bermakna kita akan kerap ingat kepada Allah. Amalan ini sangat membantu hati dan fikiran menjadi lebih tenang.
Allah berfirman,
فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ
“Maka ingatlah pada-Ku, maka Aku akan mengingat kalian.”
(QS. Al Baqarah: 152)
7. Membaca Al Quran
Jadikan al-Quran sebagai sahabat sejati dunia akhirat kita. Ingatlah bahawa, selain mendirikan solat dan berzikir, dengan membaca Al Quran, kalam Allah akan mampu menyejukkan hati kita yang sedang gelisah.
Allah berfirman,
“Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (al-Quran) dengan perintah kami. sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah al-Kitab (al-Quran) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan al-Quran itu cahaya, yang Kami tunjuki dengannya siapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar- benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus.” (QS. Asy-Syura 26: 52)
8. Selalu bersyukur
Jangan berhenti memanjatkan rasa syukur kepada Allah kerana apa pun yang telah, sedang dan bakal terjadi semuanya adalah mengikut aturanNya.
Tidak ada manusia yang tidak alami masalah.
Kita sepatutnya selalu bersyukur kerana nikmat yang diberikan Allah jauh lebih banyak dibandingkan dengan kegelisahan yang kita rasakan.
Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda,
عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اُنْظُرُوْا إِلَى مَنْ أَسْفَلَ مِنْكُمْ، وَلاَ تَنْظُرُوْا إِلَى مَنْ فَوْقَكُمْ، فَهُوَ أَجْدَرُ أَنْ لاَ تَزْدَرُوْا نِعْمَةَ اللهِ عَلَيْكُمْ.
“Lihatlah kepada orang-orang yang lebih rendah daripada kalian, dan janganlah kalian melihat kepada orang-orang yang berada di atas kalian, kerana yang demikian itu lebih patut bagi kalian, supaya kalian tidak meremehkan nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepada kalian.”
BACA LAGI : Bersin & Gatal Hidung Akibat RESDUNG, Atasi Dengan Petua Semula Jadi Ini!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Download seeNI sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source