Fazura tak tolak jika berumah tangga lagi -“Kita tunggu jodoh sama-sama nanti”
Selebriti terkenal, Fazura tak tolak jika berumah tangga lagi di masa hadapan selepas dia kini sudah habis idah dan kembali ‘single’ selepas berpisah dengan bekas suami, Fattah Amin pada Oktober lalu.
Memetik laporan dari Mstar, Fazura dalam siaran langsung di TikTok berharap orang ramai dapat mendoakannya bertemu dengan lelaki yang boleh menjadi suami terbaik buat dirinya.
Fazura tak tolak jika berumah tangga lagi, tapi fokus sekarang ke anak & kerjaya
Ujar Fazura atau nama sebenar, Nur Fazura Sharifuddin, 41, walaupun sudah kembali solo, namun fokus utama ketika ini adalah anaknya, Fatima Aisya dan juga kerjaya.
“Doakan saya, walaupun sekarang sudah single saya fokus kepada Fatima dan kejaya.
“Tapi mudah mudahan jika ditakdirkan ada jodoh lagi semoga yang baik-baik dan terbaik untuk saya dan Fatima. Doakan okay!
“Kita tunggu jodoh sama-sama nanti ya, mudah mudahan,” luahnya.
Fazura tak tolak jika berumah tangga lagi, dipuji berseri2 macam mahu bernikah
Perkara tersebut dinyatakan pelakon berkenaan selepas ada peminat memuji penampilannya yang berseri-seri seperti mahu bernikah sewaktu bersiaran langsung bagi mempromosikan tudung keluarannya.
Komen yang dibacakan pekerjanya sewaktu bersiaran langsung di TikTok telah membuatkan pelakon itu tersipu malu sebelum menjawab pertanyaan peminat dengan tersenyum lebar.
Artikel lain: Fazura tak maafkan tukang fitnah, dituduh masih berdendam dengan Fattah Amin
Terdahulu, pelakon filem Pendekar Awang itu telah memaklumkan dirinya sudah tamat tempoh idah apabila memuat naik gambar berpenampilan serba putih dengan meninggalkan hashtag “endofiddah” selepas bercerai talak satu dengan aktor kacak, Fattah Amin.
Sekadar rekod, Fazura dan Fattah Amin telah membawa haluan masing-masing apabila sah berpisah pada 7 Oktober 2024 di di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.
Mereka yang mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun.
Sumber: Mstar
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source