Tok kadi dipuji ceriakan majlis, usik pasangan pengantin minta panggil ‘sayang’
Tindakan seorang tok kadi dipuji ceriakan majlis susulan mengusik satu pasangan pengantin apabila meminta mereka saling memanggil ‘sayang’ sewaktu sesi menyerahkan mas kahwin telah mendapat perhatian ramai.
Menerusi video yang dikongsi pengguna TikTok dikenali sebagai ndhzhrn, ramai terhibur dan seronok mendengar cara tok kadi memastikan majlis pernikahan yang berlangsung menjadi ceria sehingga terdengar gelak tawa hadirin di masjid tersebut.
Tok kadi dipuji ceriakan majlis waktu sesi serahkan mas kahwin
Dalam posting berkenaan, dapat dilihat yang pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin kepada isteri yang baru dinikahinya serta melafazkan akad sambil dipimpin tok kadi.
Tok kadi meminta pengantin lelaki memanggil isterinya dengan panggilan ‘sayang’ dan begitu juga sebaliknya.
Tok kadi dipuji ceriakan majlis, pasangan pengantin tersipu malu
Momen tersebut telah disambut dengan gelak tawa hadirin dan pasangan pengantin juga tersipu malu sebelum meneruskan acara selanjutnya.
Perkongsian video yang berdurasi 33 saaat itu telah mendapat perhatian daripada netizen di media sosial apabila ditonton lebih dari 600 ribu viewers di platfrom TikTok.
Artikel lain: Baru peluk Islam, netizen terkejut lihat busana pengantin Kim Raymond -“Singkat & seksi”
Tindakan tok kadi dipuji ramai
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengakui bahawa tindakan tok kadi yang ‘sempoi’ itu sangat membantu buat pasangan pengantin dalam menghadapi perasaan gementar sewaktu majlis pernikahan.
Sempoi je tok kadi usik2 pengantin
Terbaik cara tok kadi!
Ada yang alami perkara sama
Geng single mula ‘menyesal’ tengok video sweet ni pagi2
Walau bagaimanapun, komen berseloroh dari netizen ‘single’ juga banyak ditinggalkan di posting tersebut kerana mengakui tersengih secara tiba-tiba dan menyesal membuka video terbabit jika tahu terdapat momen ‘sweet’ dari pasangan pengantin baru.
Sepatutnya buat kerja jangan scroll TikTok
Sabarlah wahai geng2 single
Apa-apa pun, semoga rumah tangga yang dibina pasangan pengantin diberkati dunia dan akhirat serta lebih ramai tok kadi yang bertindakan sewajarnya sewaktu proses pernikahan agar tiada sebarang kejadian memalukan yang perlu diingati buat mempelai.
Sumber: TikTok ndhzhrn
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source