Kavita Sidhu Pernah Menjuarainya 34 Tahun Lalu, Kini Giliran Rashmita Rasindran Bergelar Miss Charm
Bibir kering dan merekah sememangnya antara masalah yang kerap terjadi ketika dalam tempoh berpuasa. Tentunya ia akan memberikan rasa yang tidak selesa kerana bibir terasa begitu pedih dan lagi teruk boleh luka berdarah.
ARTIKEL BERKAITAN: Atasi Bibir Hitam, Gelap & Mengelupas Dengan DIY Skrub Organik Ini!
Malah, ramai wanita tidak menyedari tentang penggunaan gincu dengan kerap boleh mengakibatkan permukaan bibir menjadi gelap akibat bahan kimia yang terkandung dalam gincu bibir.
Ini tip dari Remaja :
1. Khas bagi anda yang sentiasa sibuk melakukan urusan kerja di luar, berhati-hati dengan sinaran UV! Seperti kulit, bibir juga mempunyai tindak balas negatif terhadap sinaran UV. Oleh itu, selalulah menggunakan pelembap bibir yang mengandungi pelindung sinaran UV. Ia bagi membekalkan lembapan biarpun pada cuaca panas.
2. Ini seringkali dilakukan oleh kita! Jangan basahkan bibir anda dengan lidah. Setiap kali membasahi bibir dengan lidah, air liur yang menempel di permukaan bibir akan meresap dan pelembap semula jadi bibir akan terbawa olehnya. Hasilnya, bibir anda akan bertambah kering.
3. Walau dalam apa situasi sekalipun, usah menggigit bibir walaupun pada ketika anda dalam ketakutan kerana selain membuatkan ia kering, tabiat ini akan membuatkan lapisan kulit mengelupas. Jika sukar mengikis tabiat ini, oleskan pelembap bibir sekerap mungkin.
4. Pasti ramai yang tidak tahu tentang kesan ubat gigi pada bibir, bukan? Sebenarnya, untuk mengelakkan bibir kering dan sentiasa takpak cantik, elakkan menggunakan ubat gigi yang terlalu pedas dan dingin. Walaupun ia untuk gigi, namun jika kerap terkena pada bibir, ia tidak baik untuk kesegaran bibir.
5. Bibir perlu dibebaskan segera daripada sisa-sisa gincu sebaik anda pulang ke rumah. Jangan tidur dengan sisa-sisa lipstik anda pula! Gunakan air atau pencuci solekan untuk membersihkan gincu agar ia benar-benar bersih. Jangan sesekali biarkan ia tanggal sendiri tanpa bilasan sempurna.
6. Anda tidak perlu menggunakan skrub bibir untuk menanggalkan sel kulit mati kerana bibir tidak mengandungi kelenjar minyak dan sel kulit mati akan terlepas dengan sendiri melalui proses semula jadi.
7. Jika anda mahu mengoles rona gincu yang berbeza pada satu masa, sebaiknya pilih dalam jenama yang sama kerana bahan yang berbeza akan menyebabkan warna dan teksturnya tidak blend sekata. Ia boleh menyebabkan bibir terluka.
8. Kala memilih gincu, pilih gincu berwarna natural gelap seperti coklat jika anda banyak melakukan aktiviti di luar pada siang hari. Ini sebenarnya untuk memberikan keselesaan dan memudahkan anda mengawal warnanya agar tidak tampak sarat kala kesibukan.
9. Sekiranya bibir mengalami masalah alergi atau kegatalan, gunakan pelembap bibir terlebih dahulu sebelum mengoles rona gincu.
10. Untuk mengekalkan bibir lembut dan sihat, pilih gincu bibir yang mengandungi pelembap dan bahan anti-oksida seperti vitamin A, E dan C.
Tip Bonus Untuk Bibir Mungil Persis Angelina Jolie!
- Untuk mendapatkan bibir mungil persis Angelina Jolie, lakukan gaya bibir rona nude semula jadi. pastikan rona penggaris bibir sepadan dengan ton bibir dan gincu anda. Jadi, garisan yang digaris tadi akan kelihatan semula jadi .
- Bermula dari sudut luar hujung dan lukis sepanjang garisan luar bibir. Ia akan memberikan garisan bibir lebih ketara dan tebal.
- Jika anda tidak pasti di mana point yang paling tepat untuk menggaris penggaris bibir, atau mungkin bagi mereka yang mempunyai kesukaran untuk mendapatkan garisan yang kemas, cara yang paling mudah adalah dengan senyum. Ia akan menegangkan bentuk bibir dan sekali gus memudahkan proses menggaris garis luar bibir.
Semoga bermanfaat!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Download seeNI sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source