PTPTN perkenal LESTARIPendidikan, bantu peminjam kearah kelestarian dana pendidikan tinggi
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan satu lagi inisiatif strategik iaitu kempen LESTARIPendidikan untuk memastikan pendidikan tinggi kekal inklusif, mampan dan relevan bagi generasi akan datang.
Kempen ini bertujuan untuk memperkukuhkan mesej penting tentang tanggungjawab sosial daan kewangan peminjam dalam menjamin kelestarian dana pendidikan negara.
PTPTN perkenal LESTARIPendidikan demi bantu peminjam
Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata melalui LESTARIPendidikan, PTPTN bukan sahaja memenuhi tanggungjawab sosialnya namun juga memainkan peranan penting dalam membentuk modal insan negara.
Beliau berkata, pendidikan tinggi merupakan pemangkin pembangunan masyarakat yang progresif dan kelestarian dana pendidikan adalah kunci kepada kejayaan tersebut.
“Mesej utama kempen ini adalah untuk memperkasakan rakyat melalui pendidkan tinggi disamping membantu peminjam menyelesaikan tanggungjawab membayar hutang PTPTN dengan lebih berkesan.
“Pendidikan tinggi adalah landasan untuk meningkatkan taraf hidup yang hanya dapat direalisasikan jika dana pendidikan kekal mampan. Setiap pembayaran balik adalah pelaburan kepada masa depan pendidikan generasi akan datang.
“Dengan dana yang diterima melalui bayaran balik, PTPTN dapat terus menyokong 450,000 peminjam sedia ada dan 150,000 peminjam baharu setiap tahun, terutama dari kalangan keluarga berpendapatan rendah. Ini melibatkan jumlah besar iaitu lebih RM3 bilion setahun,” katanya.
Sebelum itu, Norliza merasmikan Kempen Lestari Pendidikan: Usaha Membantu Peminjam Ke Arah Kelestarian Dana Pendidikan Negara di Menara PTPTN, Kuala Lumpur hari ini.
Bantu peminjam kearah melestarikan dana pendidikan, PTPTN perkenal LESTARIPendidikan
Kempen LESTARIPendidikan mencerminkan komitmen PTPTN untuk menyokong visi kerajaan, termasuk konsep Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan, keadilan sosial dan kemampanan.
Selari dengan Pelan Strategik Pendidian Tinggi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Dasar Pendidikan Tinggi Negara, PTPTN terus berusaha untuk memastikan setiap idnvidiu tanpa mengira latar belakang mendapatkan peluang melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi tanpa beban kewangan.
Artikel lain: BMS 2024 catat kejayaan, kutipan Simpan SSPN lebih RM250 juta – PTPTN
Sementara itu, hingga September 2024, tunggakan PTPTN berjumlah RM11.32 bilion yang melibatkan 1.25 juta peminjam culas walaupun pelbagai langkah telah diambil termasuk penghantaran surat peringatan, notis tuntutan rasmi dan memperkenal pelbagai mekanisma seperti pelan pembayaran fleksibel iaitu penstrukturan semula bayaran balik pinjaman.
Kempen LESTARIPendidikan merangkumi inisiatif yang dirangka untuk meringankan beban iaitu #PTPTNBolehBincang yang mana peminjam boleh berbincang atau berunding untuk pelan pembayaran fleksibel iaitu penstrukturan semula bayaran balik pinjaman mengikut kemampuan kewangan mereka.
“Melalui kempen ini, PTPTN juga melaksanakan pendekatan proaktif iaitu inisiatif #PTPTNSediaBantu bagi memudahkan peminjam berurusan dengan menyediakan pelbagai saluran bayaran balik yang lebih mudah, cepat dan selamat.
“Saluran tersebut disediakan untuk membantu dan memudahkan para peminjam yang mempunyai sebarang pertanyaan atau urusan berkaitan bayaran balik pinjaman,” ujarnya.
Memastikan pendidikan tinggi kekal inklusif & mampan, PTPTN perkenal LESTARIPendidikan
Kempen ini turut menyeru masyarakat termasuk pihak berkepentingan seperti universiti, alumni dan NGO untuk bersama-sama menyokong usaha ini dan memainkan peranan sebagai rakan dalam menyanmpaikan mesej positif mengenai tanggungjawab sosial pembayaran balik pinjaman PTPTN.
Dalam pada itu, kempen ini juga menyeru peminjam untuk melihat pembayaran balik bukan hanya tanggungjawab individu namun juga tanggungjawab sosial yang memastikan peluang pendidikan kekal tersedia untuk generasi akan datang.
PTPTN menekankan bahawa kegagalan membayar balik bukan sahaja menjejaskan dana tetapi juga masa depan ribuan pelajar yang memerlukan.
“Melalui sokongan masyarakat dan tindakan kolektif, kita dapat memastikan sistem pendidikan tinggi terus kukuh dan inklusif selaras dengan aspirasi negara,” katanya lagi.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source