Tiada siapa hadir konvokesyen, kadet SISPA buat kejutan berkawad rai pegawai
Seorang pegawai dari unit beruniform Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah menerima kejutan di hari konvokesyen selepas memaklumkan tiada siapa hadir meraikan momen bermakna dalam kehiduapnnya.
Menerusi perkongsian yang dibuat seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai .itscuyaa_, dia memaklumkan yang rakannya dikenali sebagai Normawati bergraduasi pada hari tersebut namun tiada sesiapa yang menghadirinya.
Tiada siapa hadir konvokesyen, rakan2 bawa 150 Kadet SISPA buat kejutan
Disebabkan itu, rakan-rakan dari Kadet Kor Siswi Pertahanan Awam (SISPA) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah hadir secara berkawad bagi memberi kejutan kepad Normawati yang tidak mengetahui tentang kehadiran mereka.
Menurut pengguna TikTok, seramai 150 orang terlibat dalam perbarisan tersebut bagi memberi kebahagiaan dan semangat buat rakannya.
“Kehadiran lebih 150 orang , memberikan semangat dan kebahagiaan yang tak terhingga. Terima kasih sekali lagi kerana telah menjadikan hari konvo ini lebih bermakna dan penuh dengan kenangan yang tidak akan dilupakan,”tulisnya.
Tiada siapa hadir konvokesyen, rakan datang beri sokongan
Dapat dilihat yang pegawai APM tersebut begitu teruja sambil merakam kehadirian kadet SISPA bagi meraikannya yang ketika itu masih lagi berjubah konvo.
Dia juga nampak terharu dengan kejutan diterima kerana tidak meyangka akan kehadiran yang cukup ramai dari pihak Kor Siswa Siswi UPM bagi memberikan sokongan.
Artikel lain: Kak KM seronok hadiri konvokesyen anak sulung -“Kebanggaan mama”
Ucap terima kasih kepada semua yang membantu menjayakan kejutan
Susulan daripada itu, pengguna TikTok berkenaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kor SisWa Siswi kerana memberikan semangat kepada pengawai APM pada hari konvokesyennya dan tidak membiarkan dia keseorangan sewaktu meraikan momen bahagia ini.
Kadang-kadang kita rasa seolah-olah tiada siapa yang akan ada untuk kita, tapi sebenarnya ada ramai orang yang sentiasa menyokong dan menghargai kita. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Kor Siswa Siswi UPM atas sokongan yang luar biasa pd pegawai saya pada hari konvokesyen ini,” ujarnya.
Mesti pegawai tu seorang yang baik
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang akui sebak melihat momen tersebut kerana melihat tentang usaha rakan-rakan dalam menggembirakan teman yang lain sewaktu mereka merasakan diri keseorangan di hari yang cukup bermakna.
Pengguna media sosial juga mengucapkan tahniah kepada anggota APM berkenaan kerana sudah berjaya menyelesaikan pengajiannya.
Sebak pula tengok video macam ni
Akan jadi ingatan sepanjang hidup
Tumpang seronok apabila dihargai
Semoga kita semua dapat memberikan kebahagiaan kepada orang-orang tersayang lebih-lebih lagi sewaktu mereka memerlukan kita di hari cukup bermakna dalam kehidupannya.
Sumber: TikTok .itscuyaa_
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source