Anak hidap gangguan saraf otak meninggal, tangisan bapa mandikan jenazah buat ramai sebak
Tangisan bapa mandikan jenazah anak buat ramai sebak apabila cahaya mata yang dibesarkan meninggal dunia selepas beberapa tahun menderita menghidap gangguan saraf otak.
Difahamkan, adik Mohamad Nur Iman Ramadhani, 12 yang sebelum ini kisahnya tular susulan bapanya menemani masuk ke ruangan Terapi Oksigen Hiperbarik (HBOT) bagi mendapatkan rawatan telah meninggal dunia pada Sabtu, 24 Disember 2024.
Tangisan bapa mandikan jenazah penuh sayu
Menerusi video yang dikongsi ibu bapanya menerusi TikTok imanramadhanii, dapat dilihat dengan jelas reaksi bapanya yang menangis sewaktu memandikan jenazah anak tersayang yang sudah pergi menghadap Ilahi.
Dia juga termenung seketika melihat jenazah anaknya sempat beberapa kali mencium allahyarham sebelum menyelesaikan beberapa lagi urusan sebelum membawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.
Ibu bapa adik Nur Iman juga dilihat menaiki van jenazah mengiringi keranda dalam keadaan berduka sebelum menurunkan allahyarham ke liang lahad untuk disemadikan.
Ramai sebak lihat tangisan bapa mandikan jenazah anak
Perkongsian tersebut telah mengundang sebak netizen di media sosial lebih-lebih lagi melihat keadaan ibu bapa kanak-kanak tersebut yang cukup terkesan.
Walau bagaimanapun, mereka tetap memberikan kata-kata semangat kepada keluarga dengan mengatakan bahawa adik Nur Iman sudah tidak sakit lagi selepas penderitaan yang dialami sewaktu hidup sudah berakhir.
Setia seorang ayah yang teman hingga ke akhirnya
Selamat jalan sayang, berehatlah
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga
Artikel lain: Dapat panggilan di kebun, bapa ingat khabar anak meninggal cerita rekaan
Semoga ahli keluarga adik Nur Iman tabah menghadapi ujian daripada Allah S.W.T dan mendoakan roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan pengorbanan bapa Mohamad Nur Iman yang sanggup menemani anaknya menjalani rawatan dengan memasuki ruangan Terapi Oksigen Hiperbarik (HBOT) bersama-sama.
Difahamkan, Mohamad Nur Iman sudah lama menghidap ‘adrenoleukodystophy’ dan gejala awal mula dikesan sejal Juali 2021.
Kisah kanak-kanak terbabit mulai mendapat perhatian masyarakat sejak tiga tahun lalu dan rawai warganet yang mengikuti perkembangan keluarganya untuk mengetahui kondisi semasa Nur Iman.
Sumber: imanramadhanii
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source