Wanita tak sangka, temui jodoh di lampu isyarat, buka tingkap kereta ke jenjang pelamin
Seorang wanita akui terkejut dan apabila tidak menyangka temui jodoh di lampu isyarat berhampira Lebuhraya Persekutuan di Kuala Lumpur telah membawa perkenalan dengan seseorang ke jenjang pelamin.
Kongsi Jannah Harun, 31, dia dan pasangan bertemu kali pertama di lampu isyarat meskipun jejaka berkenaan sudah lama cuba mendekatinya di Facebook.
Menurut Jannah, jejaka bernama Firdaus Sufi, 36, menyapanya di ruangan sembang di platform Facebook sekitar enam tahun lalu.
Pun begitu, Jannah tidak pernah membalas mesej yang ditinggalkan oleh Firdaus kerana merasakan tiada apa-apa yang menarik.
“Dia selalu saja hantar mesej, tapi saya tak pernah balas. Mungkin sebab masa tu saya fikir tak ada apa-apa yang menarik sangat.
“Tapi entah kenapa pada satu malam sekitar November 2018, hati saya tergerak untuk balas ‘hi’ kepadanya,” katanya.
Artikel lain: Suami isteri sambut anniversary ke-30, netizen tumpang gembira – “Moga jodoh hingga syurga..”
Temui jodoh di lampu isyarat
Bermula dari itu, mereka berkenalan dan seterusnya bertemu empat mata secara tanpa dirancang iaitu di persimpangan lampu isyarat di Taman Desa berhampiran Lebuhraya Persekutuan.
“Pada hari berkenaan saya beritahu dia yang saya tengah memandu di Federal Highway nak balik rumah. Kemudian saya pelik kenapa pula dia minta nombor plat kereta saya.
“Lepas saya berikan, tiba-tiba masa sampai di lampu isyarat… kereta dia ada di sebelah kereta saya. Rupanya dia nak ke rumah adik di Cheras. Dia tegur saya sambil tersenyum.
“Saya senyum balik. Kami pun sempat bergambar bersama dari dalam kereta masing-masing. Malam tu, kami berborak sekejap sebelum bertukar nombor telefon,” ujar Jannah yang sudah berumah tangga sejak lima tahun lalu.
Jannah berkata, walaupun mereka pertama kali bertemu secara kebetulan, namun dia merasakan ada sesuatu istimewa tentang cara Firdaus mendekatinya.
Terus jumpa keluarga, kahwin
Tidak membuang masa, Firduas membuka langkah dengan membawa ibu bapanya bertemu keluarga Jannah pada Disember 2018 bagi meminta restu dan sekali gus membawa hubungan mereka lebih serius.
Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada Februari 2019 dan akhirnya sah bergelar suami isteri pada Disember tahun sama.
“Dia tak main-main. Terus bawa ibu bapa dia jumpa keluarga saya. Saya rasa itu salah satu sebab kenapa saya yakin dengan dia. Dia sangat gentleman dan berani bertanggungjawab.
“Saya jumpa ramai lelaki sebelum ini, tapi kebanyakannya tak gentleman. Tapi Firdaus lain. Dia terus tunjuk kesungguhan untuk jadikan saya isteri,” ujarnya.
Ibu kepada dua cahaya mata itu juga tidak menyangka perkongsiannya bertemu suami sempena ulang tahun kelahiran suaminya telah menarik perhatian warganet di TikTok.
Malah, dia juga terhibur dengan komen-komen ditinggalkan oleh mereka yang turut mengimpikan bertemu jodoh di lampu isyarat yang sama sepertinya.
Dalam pada itu, Jannah tuurt mengakui dia tidak menyangka perjalanan jodohnya akan seindah ini, terutama selepas melalui banyak kekecewaan dalam percintaan sebelumnya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source