Tiada pendapatan tetap, suri rumah terkejut dikategori jemaah haji M40
Seorang wanita yang dikenali sebagai Nur Shahirah Sulaiman, 24, meluahkan rasa terkejut apabila dikategorikan sebagai jemaah haji M40 untuk menunaikan ibadah rukun Islam kelima itu.
Menurut laporan Kosmo! Online, Nur Shahirah akui tergamam sebaik sahaja mendapat tahu perkara tersebut kerana dia tidak mempunyai sebarang pekerjaan untuk membuat bayaran berjumlah RM23,500 bagi kategori itu.
Kata suri rumah tersebut, dia pernah menerima tawaran pada 2019 dan 2023 namun, terpaksa menolaknya kerana mempunyai halangan selain mengandung anak sulung ketika itu.
Jemaah haji M40
“Dalam tawaran itu, saya dikategorikan sebagai M40 dan perlu bayar RM23,500. Saya terkejut kerana menyangka akan ditawarkan pada 2026 seperti yang dipinta kepada TH sebelum ini.
“Saya akan menerima tawaran kali ketiga itu tetapi berharap TH menukar status daripada M40 kepada B40 kerana saya suri rumah dan tiada pendapatan tetap,” katanya sambil menambah terima tawaran daripada Tabung Haji pada 16 Disember lalu.
Sehubungan itu, dia akan membuat permohonan di Tabung Haji Pontian bagi mendapatkan bayaran RM15,000 untuk B40.
Bukan itu sahaja, Nur Shahira juga akan cuba memohon supaya suaminya, Muhammad Amirul Hakimi Esa, 27, diberi peluang untuk menunaikan ibadah haji bersamanya kelak.
Artikel lain: Jejak tapak kasut, anak temui bapa dalam keadaan tertiarap, dah tak bernyawa
Gambar hiasan
“Mungkin ini berkat simpanan TH sejak lahir yang dilakukan oleh ibu melalui potongan gaji sebanyak RM50 sebulan ketika bekerja di Ranhill SAJ Pontian. Selain itu ibu juga menyimpan duit yang diterima ketika saya bayi dan hari raya,” ujarnya.
Nur Shahirah yang memiliki Diploma Logistik dan Rangkaian Bekalan berkata dia mempunyai dua pilihan bagi lokasi untuk mengikuti kursus haji sama ada di Masjid Bandar Pontian atau di Masjid Temenggong Daeng Abdul Rahman di Benut.
“Saya pun belum pernah menunaikan umrah dan kursus haji ini bagi saya penting, membolehkan saya mempelajari perkara-perkara berkaitan ibadah haji, rukun-rukun dan sebagainya,” tambahnya lagi.
Dalam pada itu, Nur Shahira berterima kasih kepada ibunya dan bapanya Sulaiman Sagi, 57, kerana telah mendaftarkan haji buat dirinya pada tahun 2007.
Gambar hiasan
Sumber: Kosmo! Online (Muhammad Zikri)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source