Penyewa sudah bayar tunggakan, rumah Farid Kamil tak jadi dilelong
Penyewa sudah bayar tunggakan yang berbaki membuatkan acara lelongan untuk kediaman aktor terkenal, Farid Kamil dibatalkan secara serta merta.
Memetik laporan dari Berita Harian, pengurus kepada Farid Kamil, Azahari Hamid memaklumkan bahawa rumah teres yang terletak di Jenjarom, Selangor itu tidak jadi dilelong selepas penyewanya tampil menyelesaian baki tunggakan di bank.
Penyewa sudah bayar tunggakan, semua sudah selesai
Dia juga mengatakan bahawa acara lelongan yang dijadualkan pada 22 Januari nanti juga ditarik balik.
“Sudah selesai. Bayaran dibuat dan lelongan yang dijadualkan 22 Januari ditarik balik,” jawabnya ringkas.
Penyewa sudah bayar tunggakan, tak dedahkan berapa
Walau bagaimanapun, dia enggan mendedahkan bayaran baki tunggakan tersebut.
“Tak perlulah didedahkan,” ujarnya.
Artikel lain: Dulu bayarkan duit pendahuluan, David Teo sedia beli rumah Farid Kamil jika benar dilelong
Terdahulu, kediaman atas nama Farid Kamil tular selepas terdapat iklan menyatakan bahawa rumah teres tersebut akan dilelong pada 22 Januari nanti dengan harga bermula RM522,000.
Perkara tersebut membuatkan penerbit MIG, David Teo terkejut dan menyatakan kesediaan untuk membeli rumah terbabit jika benar dilelong sebagai bentuk bantuan kepada aktor terbabit.
Difahamkan, rumah yang berkeluasan 1,760 kaki persegi itu yang terletak di Bandar Saujana Putra, Jenjarom itu telah dibeli sekitar 10 tahun lalu dan wang pendahuluannya adalah hadiah dari David Teo susulan kejayaan filem MIG pada ketika itu.
Sumber: Berita Harian (Serimah Mohd Sallehuddin)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source